26 November 2013

Trans Jerging

Sebelum ter'up'nya trip ke jerging., sumpah aku memang tak pernah dengar langsung pasal Jerging. Rupanya dia bukanlah nama specific gunung tapi hasil Transmisi dan kombinasi antara gunung Suku, Irau, Yellow dan Pass. mendengarkan gambaran awal tentang trail yg bakal kami tempuh untuk 3hari ni membuat aku tak senang duduk. Mana taknya tak ada sebarang aktiviti peluh menjelang trip. Trail pulak memang tak bagi diskaun katanya.

Ini kira trip pertama sepanjang aku melibatkan diri dalam arena pergunungan kami tidur on-trek. Pengalaman yang aku kira memang sangat2 menyiksakan. tapi sekurangkurangnya aku belajar sesuatu. seawal hari pertama ada kawan2 yg terpaksa OT untuk sampai ke kemsait kami. apa pun syukur semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

memandangkan trek yg kami lalu agak meneglirukan, kami beberapa kali tersasar dari trek asal atau kami telahpun melalui trek yg tak sepatutnya kami lalu. Berbekalkan GPS, kami mencari arah yg betul. Syukur, DIA beri petunjuk dan kami berjaya ke puncak Irau dengan selamat.


Perjalanan akan lebih mencabar selepas puncak Irau. mengikut kata Gogo, perjalan Irau ke Puncak Yellow akan memakan masa lebih kurang 2jam. Memandangkan jam sudah menunjukkan jam 6ptg, kami bersedia untuk berjalan malam ke Puncak Yellow. Setelah  hampir 4jam berjalan, kami kumpulan pertama masih belum sampai ke puncak Yellow, macam2 yg berlegar dalam kepala aku. dan kami memutuskan unutk menunggu kawan2 lain. Dan 4jam kemudian semua peserta lain sampai ke kem site yg aku panggil kem menunggu. Gogo decide untuk tidor sajer di situ dan esok seawal jam 6 pagi kami perlu meneruskan perjalanan.

Rupanya Puncak Yellow dari kem site kami semalam hanya memakan masa tak sampai 1jam pun. Takpe sekurang2nya tiada yg tercedera dan kami akan makan, mandi, minum dan posing puas2 di puncak Yellow.

Perjalanan yg agak santai dr Puncak Yellow ke Puncak Pass jugak ke ending point membuat kami tak sabar sampai ke destinasi. Dalam santai2 punye trail, aku tetap tewas dengan permainan minda. arrrgghhhh...aku mental dengan trail yg panjang.

Tepat jam 7 petang, semua peserta berjaya keluar dengan selamatnya,. Alhamdullilah trip yg aku kira agak Hardcore ni berjaya kami laksanakan dengan jayanya dengan adanya kawan2 yg sedia menghulur bantuan tak kira masa. Syukur..!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...