15 January 2013

Trek Lagenda : Chamah-Ulu Sepat [via kem trojan /Kg Lelar]

Katanya, trip CUS di musim tengkujuh merupakan acara rasmi tahunan Nature Explorer. Cuma untuk kali ni kami diberi lagi cabaran melalui trail lama  dan sudah 6tahun tak ditempuhi oleh para pendaki semenjak adanya laluan masuk dari Gua Musang yang lebih dekat dan mudah.

gambaran awal trek kami tuk 9hari ni.[hasil lukisan tangan abam sham]

Trail 9hari kami bermula dgn santainya. kami hanya mendaki selama kurang 1jam untuk sampai ke kemsait pertama kami di kg lelar. itupun setelah penat menaiki bot tunda selama 2jam dan mengharung pula jalan balak dgn menaiki 4x4 kurang 1 jam untuk ke starting point.

Cabaran kami hanya akan bermula pada hari ke-2 dan seterusnya. Dengan trek yang tak tau hujung pangkalnya [rasanya 3-4 kali jugak kami lost trek sepanjang misi ni], meredah bapak sungai, hujan memanjang sepanjang trekking, suhu yang sejuk melampau, kekurangan bekalan makanan dek kerana trip yg terpaksa di extant, ni belum kira trek hazab lutut ke dagu, selut di celahan trek belumut yang hailaaaaaaa, mujur jugak en. pacat tak bermaharaja lela.


oowwwhhh...mereka yg dah grad..tahniah semua...!!! ^.^


 Lihat saja foto ini...priceless bukan...?

9hari berada jauh dari ketamadunan, membuat aku lebih bersyukur dgn apa yg aku miliki di hutan batu sana. membuat aku lebih menghargai siapa saja yg berada dalam lingkungan ketidakbertamadunan ini. Di sini selain DIA, mereka lah segalanya. mereka lah sahabat dan kelaurga. hanya mereka.

Kalau ada yg tyer, trail CUS [via kg lelar] tahap kesukaran nya bagaimana, aku sendiri tak pasti akan jawapannya. tapi apa yg aku pasti, trek CUS ini memang memberi aku 1001 macam perasan  dan trailnya sangat berbeza dari mna2 trail yg pernah aku lalui sebelum ni.

 
 Ray of light...superb!

dan pada aku, rugi rasanya kalau trek lagenda nih terus menjadi lagenda. Sumpah aku kata nilainya mmg priceless!!!ossemmm!!! walaupun view di CUS xsetanding view di kem gedung tapi nilainya tetap sama. PRICELESS...!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...