19 June 2012

Gunung Bunga Buah

Menikmati keindahan Genting Highland dari sudut yang berbeza. kalau org lain ke genting untuk menikmati keriangan berganda di kota keriangan itu, bagi pendaki2 seperti kami di mana ada trek di situ kami akan sondol..---> errkkk ye ke..!!! entah...:P

Mendengarkan namanya, Gunung Bunga Buah. pasti korang akan pikir gunung ni penuh dgn pelbagai jenis bunga2an dan buahan2 kan..!!! Ternyata sepanjang trek ke puncak mmg pelbagai jenis bunga yg kami temui. cumanya aku tidak nampak di mana buahan2 yg menjadi tanda nama gunung ni.


Orang kata kalau kita nak melihat perbagai spesis binatang, selain di Zoo negara, di GBB adalah tempatnya. macam spesis yg aku tak pernah lihat sebelom ni kita boleh jumpa di sini. paling banyak tentunya encik pacat lah kan..:D

Trek santai yg tak berapa nak hardcore membuatkan kami2 yg terlebih gula nih trekking dgn gaya bebas dan bersuka rianya. memandangkan hari tuh mmg kami ber6 jer yg mendaki di sana membuatkan trek ini kami yg punya.

Syukur cuaca hari tuh betul2 menyebelahi kami. just nice. tak berapa panas dan mujur jugak xhujan. tapi sayang keadaan berkabus atau mungkin jugak jerebu membuatkan view2 manarik kami xdapat capture dgn mata kami sendiri. tapi semua tuh tak mematahkan semangat kami untuk ke puncak.

lpas trek lutut ke dagu kita akan jumpa trek jalan tar sampai le ke kaki gunung GBB

tepi tu macam kuari pun ada...cantek bila di capture lensa

bila sampai ajher di kawasan yg dipanggil taman batu ataupun rock garden segala mak nenek penat tadi terbang dgn serta merta..mmg superb lah...heaven sangat!! sekali lagi aku nak bagitau satu dunia..--> macam lah satu dunia yg baca blog cap ayam aku ni ha. Ni la sebabnya kanapa kami terus mandaki mendaki dan mendaki. kami mencari kepuasan dgn melihat melalui atap dunia.


mungkin jugak inilah bunga2 dan buah2 yang menjadi inspirasi kepada nama gunung ni --> picca ni nmpk klasik..i loiikeeee...:)

Alhamdulillah trip santai ni berakhir dgn jayanya. Syukur tiada kecelakaan sepanjang pendakian kami. walaupun trip terlebih gula ni penuh dgn 'tragedi' sebenarnya. ternyata trekking dgn mereka yg terlebih gula nih membuatkan aku juga hampir jadi sawan. terima kasih amy & nad kerana meng'invite' trip santai lagi terlebih gula nih...:)

pssssssssttttttt : foto ihsan, dari FB si khairul idzham

14 June 2012

bayang-bayang

Aku kira aku dah bebas
bebas dari cengkaman bayangan silam
aku dah menyorok di sudut paling dalam
hingga aku mula hilang arah

Aku takut...
Takut.... pada bayangan hitam
yang tak pernah jemu mengejar
melonggokkan selembar kejahatan

Dan aku masih disini
di sini
menanti bayang-bayang itu hilang pergi
Bayangan itu semakin hampir
hampir seoalah2 cuba menguasai diri

Aku berusaha lari
Dengan harapan bayangan itu akan pergi
dengan sedikit keberanian
aku berdepan dgn tenang

ya RASUL engkau lah pujaan
ya RABBI engkau lah tuhan
Semoga engkau mendengar setiap rintihan

11 June 2012

MPPP zon 13 : lawan netball


kita team bidan terjun
kita team tangkap muat
walaupun tak menang sebagai champion
sekurangkurangnya kita tetap dapat pingat

04 June 2012

Abseiling di semenyih

Sabtu lepas, aku berpeluang menyertai aktiviti abseiling tak rasmi abang Nua kenaboi. Kiranya Abseiling ni revenge pada last week punyer Race yg aku kantui tuh. so, kali ni mmg rata2 orang2 kenaboi ajher yg join. cuma aku, kak ana, & hairul ajher kiranya outsider.

bagi aku yang pertama kali nak mencuba sukan ni, agak ngeri jugak la bila melihat ahjer batu basah yang bakal kami turun nanti. Mujur jugak abang nua mencadangkan agar kami mencuba ditahap yang rendah dulu. dari situ kami belajar cara memegang tali dan memijak dgn betul. mereka kata jgn sesekali lepaskan tali belakang punggung walau apapun yang terjadi. itu adalah kuncinya.
tengok tu....batu ni la yang bakal kami lawan nanti

alatan paling asas : macam2 jenis Rope, Figure of eight, harness, karabena, sling dan ada lagi yg aku xberapa nak ingat...:)

amik feel dulu sebelum mula abseiling

kiranya dalam sukan ni aku dah berjaya melawan fear factor aku menuruni tempat tinggi lagi curam. dalam erti kata lain aku berjaya mengekang perasaan gayat aku di sini. Buat korang yang sukakan cabaran dan tercari2 penganjur bagi sukan2 outdoor macam ni, kenaboi adventure camp antara yang menyediakan aktiviti macam ni.

01 June 2012

Jatuh tu tak salah..

semua orang penah terjatuh kan!!! Penah buat salah...!! penah menangis dalam erti kata menangis yang sangat dasyat kan..!!!! Aku jugak tak pernah terlepas. manangis hanya kerana aku terjatuh. orang penah kata, Jatuh tak salah, tapi tak bangun2 dari kejatuhan tu yang salah.!!! aku juga turut mengakui akan kebenaran kata2 tersebut.

hari ini aku jatuh...semoga esok aku akan bangkit dan terus bangkit meneruskan perjalanan yg maha dasyat ni. INGAT!!! Jangan pernah mengalah kalau kita jatuh. bangkit dan teruskan perjalanan, itu yang penting.

semoga jalan kita akan dipermudahkanNYA. insyaallah...^.^

Rupanya dah June!!!!


dah bulan June..maknanya dah setengah tahun kita kat tahun 2012 ni... esok2 tetiba je hujung tahun kan...:) banyak perancangan yang belum terlaksana lagi...kene kerja gigih sket nih untuk capai apa jugak yang aku penah forecast dulu.....:)

apa pun selamat datang june.....selamat datang rejab (yang terlambat) selamat datang semangat baru...winkkkkkk***

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...