19 June 2012

Gunung Bunga Buah

Menikmati keindahan Genting Highland dari sudut yang berbeza. kalau org lain ke genting untuk menikmati keriangan berganda di kota keriangan itu, bagi pendaki2 seperti kami di mana ada trek di situ kami akan sondol..---> errkkk ye ke..!!! entah...:P

Mendengarkan namanya, Gunung Bunga Buah. pasti korang akan pikir gunung ni penuh dgn pelbagai jenis bunga2an dan buahan2 kan..!!! Ternyata sepanjang trek ke puncak mmg pelbagai jenis bunga yg kami temui. cumanya aku tidak nampak di mana buahan2 yg menjadi tanda nama gunung ni.


Orang kata kalau kita nak melihat perbagai spesis binatang, selain di Zoo negara, di GBB adalah tempatnya. macam spesis yg aku tak pernah lihat sebelom ni kita boleh jumpa di sini. paling banyak tentunya encik pacat lah kan..:D

Trek santai yg tak berapa nak hardcore membuatkan kami2 yg terlebih gula nih trekking dgn gaya bebas dan bersuka rianya. memandangkan hari tuh mmg kami ber6 jer yg mendaki di sana membuatkan trek ini kami yg punya.

Syukur cuaca hari tuh betul2 menyebelahi kami. just nice. tak berapa panas dan mujur jugak xhujan. tapi sayang keadaan berkabus atau mungkin jugak jerebu membuatkan view2 manarik kami xdapat capture dgn mata kami sendiri. tapi semua tuh tak mematahkan semangat kami untuk ke puncak.

lpas trek lutut ke dagu kita akan jumpa trek jalan tar sampai le ke kaki gunung GBB

tepi tu macam kuari pun ada...cantek bila di capture lensa

bila sampai ajher di kawasan yg dipanggil taman batu ataupun rock garden segala mak nenek penat tadi terbang dgn serta merta..mmg superb lah...heaven sangat!! sekali lagi aku nak bagitau satu dunia..--> macam lah satu dunia yg baca blog cap ayam aku ni ha. Ni la sebabnya kanapa kami terus mandaki mendaki dan mendaki. kami mencari kepuasan dgn melihat melalui atap dunia.


mungkin jugak inilah bunga2 dan buah2 yang menjadi inspirasi kepada nama gunung ni --> picca ni nmpk klasik..i loiikeeee...:)

Alhamdulillah trip santai ni berakhir dgn jayanya. Syukur tiada kecelakaan sepanjang pendakian kami. walaupun trip terlebih gula ni penuh dgn 'tragedi' sebenarnya. ternyata trekking dgn mereka yg terlebih gula nih membuatkan aku juga hampir jadi sawan. terima kasih amy & nad kerana meng'invite' trip santai lagi terlebih gula nih...:)

pssssssssttttttt : foto ihsan, dari FB si khairul idzham

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...