30 June 2015

Ekplorasi Pulau Besar, Melaka

Kalau dulu, sebut je jalanjalan Melaka pasti aku akan soal balik apa yang ada di Melaka. Rupanya Banyak lagi tempat di melaka sendiri yang belom aku teroka dan aku tak sangka Melaka punya tempat yang tak kurang menariknya. Pulau Besar.

Pelawaan seorang kawan aku sambut baik memandangkan aku memang tak punya sebarang plan satu Sabtu tu. Katanya kami nak menjelajah sekitar Pulau Besar yang berkeluasan kira-kira 168 hektar, Nak kesana kita boleh menggunakan kemudahan feri yang disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai.

Rupanya Pulau ini mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.

Kat Sini jugak terdapat misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain. wallaua'lam.

Seharian meronda sekitar Pulau Besar memang rasa tak puas walaupun kau dah jelajah ke seluruh pelosok Pulau. Mana taknya, mana je kau bejalan kau pasti akan nampak laut yang membiru di sekeliling kau. di tambah pulak dengan efekefek semulajadi atau efek buatan di sini.

Satu je yang aku rasa agak tak best kat sini. Kenapalah tempat yang haiihhhhhhhhh...ossem giler macam ni tak di teruskan kemajuannya. banyak rumahrumah rehat yang dah siap sepenuhnya tapi tak di buka pada umum atas sebabsebab tertentu.
Sumpah aku kata tak rugi menjelajah dan mencari misteri Pulau Besar ni. Apa tunggu lagi.. !!!
 
 
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...