04 May 2015

Benum Via Lata berembun

Hajat nak ke Benum ni dah lama terpendam dan bila ajheer ada yang ajak, aku memang tak lepaskan peluang. memandangkan memang tiada apapa aktiviti untuk minggu tu. Bagi aku yang memang dah sekian lama tak ada apaapa aktiviti peloh memang menangis la layan trek Benum.

Trail lutut ke dagu dari permulaan trek sampai ke kem dingin untuk aku yang tak bersedia mental dan fizikal memang agak hazab. muka senyum di awalawal treking tadi dah bertukar menjadi biru. mana taknya,  aku rasa dah habis tenaga yg aku keluarkan tapi kem site masih tak nampak tapaknya.

Dalam pukul 630pm, sampai jugak aku ke kem dingin. memang putus nyawa nak sampai ke kem dingin. 

 
 

Kata gogo hazab trail semalam akan ada kesinambungannya hari ni untuk ke Puncak Benum. Tapi trail semalam hanya 40% je dari trail yg bakal kami lalui hari ni. hailaaaaaa....hazab bergandaganda la jawabnya.

Untuk sampai ke Puncak benum, kau akan melalui trek bonsai yang sepatutnya kau takkan pewai pun dek kerana pokokpokok bonsai yg memang ohsem sepanjang trail. Tapi aku lain pulak yang jadi kat aku. pewai semalam terbawakbawak sampai ke hari kedua. dan akhirnya aku berhenti untuk berjalan. berhenti untuk meneruskan jalan aku ke puncak. aku putus asa setelah lebih empat jam mengharung trail dan hanya berbaki 2jam untuk sampai ke puncak. 

Sebelum ni aku selalu dengar orang cakap, 'Bukan puncak gunung yang patut kita kejar, tapi apa yang kita dapat sepanjang melalui nya' dan sekarang aku baru betulbetul paham makna di sebalik katakata tu. 


Sebenarnya, kat starting point sana memang ada air terjun lata berembun. Air dia memang jangan cakap la. rasa tak puas berendam oiii....memang tak tergambar denga katakata


sebelom terlupa nak rakamkan terima kasih sehingga infiniti En. yang follow saya sepanjang trekking ni. yang saksikan live jatuh tersungkur aku sepanjang trail. Dan pastinya aku akan ke sini lagi untuk melaksanakan misi tergendala ni. kalau pun bukan melalui Lata benum mana tau ada rezki melalui trail ulu Cheka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...