27 June 2014

Lata Naning Edisi Lepas Gian

Sebenarnya Plan ke Lata Naning ni kami decide 30 minit sebelum kami bertolak ke sana. Asalnya kami bercadang nak memanjat Gunung Nuang. Tapi dek kerana antara kami berempat si Alang punya hal yang tak dapat di elakkan, trip Nuang terpaksa di cancel kan di saat akhir. 

Aku yang sememangnya mengharap akan ada aktiviti penutup sebelum Ramadhan duk mencuba nasib memancing si Ecam mengajak mengerah minda memikir destinasi memanjat kami. Entah macam mana duk terkeluar idea ke Lata Naning.

Memandangkan kami dengar memang akan ada kawankawan yg akan ke Rajah malam tu kami menjadi lebih bersemangat. 

Seawal jam 4 pagi kami dah tercongok di Kaki Gunung Rajah. dan lebih kurang jam 5 pagi kami memulakan pendakian. Lain macam lak rasanya bila alam masih gelita dan hanya kami berdua saja yg meneroka meredah gelap. Seram sejuk pun ada. Tapi kami kuatkan semangat kerana tujuan kami murni.

Besoknya sebelom tengahari kami dah bergerak semula ke starting point untuk pulang ke pangkal jalan meneruskan kehidupan bertamadun kami.
 

Tak sangka pulak dalam perjalanan pulang, terserempak dgn Mady & Fara yang menuju Lata Naning. memang selain menikmati Superbnya puncak Rajah, Lata Naning antara penarik juga bagi penggemar aktivit air. Sumpah!!! sejuknya, heavennya, alahaiii...memang melambai2. Jadi memang tak hairan kenapa penggemar aktiviti air menhabiskan hujung minggu di sini.



Maka, begini lah tamatnya aktiviti pecah lemak sebelom Ramadhan aku. Semoga akan ada Edisi Pecah lemak selepas Ramadan pulak lah yer. insyaAllah. Selamat Berpuasa geng!!! ^.^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...