30 June 2014

FunFair Katanya

Lepas makan malam semalam, kami memandu tanpa tujuan. (memang yg memandu seorang je, tapi yg berkata 'ntah' bila ditanya mau kemana kami ni lah). Ntah macamana si alep duk menyebut Funfair bila ternampak spotlight menari di udara.

Jadi abg azizi selaku pemandu memusingkan stereng ke destinasi. Alahai. FunFair apakah ini. itu ayat pertama yg keluar dalam otak aku bila mula menjejakkan kaki di sana. yang ada hanya si penjaga kaunter dan beberapa pengunjung aku aku boleh kira dgn sepasang tgn aku. Tapi bagus juga sebenarnya. takde la kau duk berebut beratur.

Selepas duk memusing keseluruh pelusuk "FunFair' ini, kami sebulat suara memilih untuk masuk ke rumah hantu dan memandu kereta langgar. Bagi aku yang dah masuk 3series ni permainan yg semacam ini bukanlah sesuatu yg mengujakan. Tapi sesekali nak hilangkan beban hidup apa salahnya.

Tapi kami berpendapat sama yg rumah hantu tu sangat mengecewakan bila takde langsung elemen seram di situ. Rumah hantu apa cenggini. Ceh! tak sempat kami nak menjerit dah sampai ke penghujung. Alahaiii....duduk sendirian dalam opis aku lagi menyeramkan kot.

Apapun, aku tetap berseronok dengan keseronokan yang wajar di situ. sesekali layan karenah kanakkanak ribina dengan aktiviti senghal otak cenggini tak salah kan. Atleast aku punya pengalaman merasai keseronokan di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...