18 October 2013

Tebu oh Tebu

Gunung Tebu. Aku membayangkan aku akan melalui ladangladang tebu atau sekurangkurangnya adalah sebatang dua si pokok tebu sepanjang trail menuju puncak Tebu. Tapi jangankan pokok, akarnya pun aku tak nampak. Kata abang guide Gunung Tebu banyak menyimpan ceritacerita mistik. jugak menjadi tempat pertapaan bagi golongan mununtut ilmu dunia. Katanya lagi kat atas sana ada makam org zaman2 dulu jugak ada batu bersurat yg kita boleh nampak dengan jelas.

Alahaiiii....!!! ceritacerita buat aku cuak pulak. tapi memandangkan kami tak berniat jahat sekadar manikmati keindahan ciptaanNYa, kami bulatkan semangat melalui cabaran Tebu.  

Selepas sedikit taklimat dan bacaan doa, kami seramai 40 peserta memulakan langkah menuju puncak. Di awal trek, kami di hidangkan dengan trail santai yang tak memerlukan kami menggunakan teknik pengawalan pernafasan yg ber etiqa.

Trail sebenar kami hanya bermula selepas kem batu Mat Hassan. trail hazab yang memang tak bagi diskaun langsung. Trek lutut ke dagu yang aku kirakira memang menggangu emosi aku waktu itu. Naknak pulak sesampai ajher di puncak tiada siapa. kosong..!!!! rupanya kami akan bermalam di kemsait bawah yang dekat dengan punca air.

Trail puncak ke kemsait memang ossem. Sumpah!!! segala azab mendaki tadi hilang. dengan jelas laut china selatan depan mata. kami tak lepas peluang merakamkan moment2 terbaik bukan ahjer dengan lensa kornea tapi juga lensa kamera.
  

Rupanya, di kemsait juga, kami di hidangkan dengan jelas pandangan indah tadi. Syukur kami selamat naik dan turun walaupun ada yang terpaksa di gendong akibat kecederaan serius. apapun semangat berpasukan dan setia kawan di sini aku sangat tabik. Semua memainkan peranan dengan baik. SYUKUR..!!! 

Trail Tebu memang menyimpan seribu satu cerita. Penuh dengan cabaran Tapi semua cabaran menjadi mudah dengan adanya semangat kerjasama yg padu. Kepenatan akan hilang demi melihat view superb di celahan trail. Pemandangan laut china selatan, belum lagi view malam, matahari terbenam terbit. Alahaiii.....!!! semuanya memang Priceless yang takkan tapat kat manamana. Percayalah..!!! payah dan penat itu sementara. tapi keindahan tu selamanya. walaupun akan rosak dek bencana, tapi memorinya tetap ada. selamaya..!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...