28 August 2012

nostalgia duit raya



Kalau cerita pasal duit raya, kanak2 paling gembira. Since aku meninggalkan buku secara rasmi nya secara automatik jugak terputuslah acara mengumpul duit raya. dan secara automatik jugak aku secara rasmi menjadi pemberi duit raya tegar.

Kalau dulu dapat duit raya 5posen terasa dah cukup besar rahmatnya. Melihat adik2 aku duk ralit mengira duit raya sambil melayan cerita upin & upin mengembalikan nostalgia raya zaman kanak2 aku. Betullah orang kata raya dulu sangat tinggi nilainya sekarang.

Dulu abah akan sediakan kami adik beradik sorang satu tabung buluh. asal dapat duit raya kena masuk dalam tabung tu. Tapi sebelum masuk kena kuarkan dulu semua duit dan kira. begitulah seterusnya setiap kali kalau dapat duit raya. terasa SENGHAL plak bila dipikir2. ^.^

Kini kenangan mengumpul duit raya di gantikan plak dgn pemberian duit raya. Bila melihat kanak2 beratur panjang menghulur maaf, yang kadang2 taim raya jer baru nampak muka, mengimbau kenangan zaman kanak2 aku dulu. zaman kanak2 mmg indah. tak pernah ada duka, semuanya yang indah2 sahaja tentangnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...