30 May 2014

hatihati

kegilaan aku seakan mengila
jadi hatihati
mana tau kau bakal 'mati'
'mati' atas kegilaan aku
mana tahu

29 May 2014

cerita nasik kawen arol-su

 

ini cerita kawen adik lelaki aku. alahai nervous nya sampai ke dada aku getarannya. Seperti harapan manamana kakak sedunia, aku sama mengharapkan bahagia sentiasa mengiringi kehidupan adik aku ni. Apapun selamat menempuh alam baru semoga ikatan berkekalan selamanya.

23 May 2014

Makeymakrey2.0 cum alep tekena

Plan asalnya hanya event makanmakan biasa. entah macam mana terdatang idea nak mengena kan si Alep. Walau hari lahir dah lebih 2minggu berlalu plan mengenakan dia yg aku simpan dari awal dulu akan terlaksana  kini.



Acara makanmakan suci yg akhirnya menjadi event liar dek kerana si Alep yg susah di kawal dan semangat membalas dendam yg luar biasa. alahaiiii alep... xkasik chance langsung. Harapharap ini bukan acara terakhir alep dgn kami. mana tau tepung yg di badan di bawak sampai ke hati.

Somoga dengan pertambahan usia ini akan membuat kau lebih dewasa. Selamat panjang umur dan di murahkan rezeki Alif Aliludin Mustapha

21 May 2014

Puncak Kerinci


Berada di puncak tertinggi negara asing tak termasuk langsung dalam kamus aktiviti mendaki aku  sebelom ni. Apatah lagi puncak volcano tertinggi Indonesia ini. Entah datang dari mana semangat aku yg tetiba membuat pengesahan penyertaan pendakian ke Kerinci, Puncak volcano tertinggi Negara Indonesia.

Mendengarkan tentatif program nya dah buat aku gerun. apa taknya sesampai sajer di airport Minangkabau, kami perlu menaiki bas ke Sumetera Barat yg perjalananya mengambil masa kirakira 12jam. alahai, belum apaapa mental dah calar.

Bukan itu saja, kecalaran mental aku bertambah calar dengan terlihatnya Puncak Kerinci di kaki gunung tersebut. Tapi pemandangan yg alahaiiiii kau tak kan dapat kat manamana Gunung ni yg membuat kan semangat aku dalam masa yg sama turut membuak.
 Tugu Macan berlatar belakangkan puncak Kerinci. 

 


Di awal pendakian, tak terasa pun aku berada di tanah asing. Trail yg agak sama dengan manamana gunung di Malaysia terutamanya gununggunung di kawasaan Tanah Tinggi. Trek belumpur, belumut, trail lutut ke dagu, mujur jugak tiada sang pacat di sini. 

Pendakian hari pertama kami ke kerinci berakhir di Shelter 2. Kami bermalam di sini dan akan meneruskan perjalanan ke puncak keesokan harinya. Aku sempat membayangkan kesejekuan di Puncak dek kesejukan luar biasa di sini.Alahaiiiiiii

Keadaan trail selepas ini akan lebih mencabar. tiada lagi tanah lumpur yg kau akan jumpa. yang ada hanya trail berbatu kecil sepanjang trek. di sini setiap langkah yg kau ambil kau perlu berhati. salah langkah ke gaung lah jawabnya. 

Kata gogo untuk sampai ke Puncak kami perlu melepasi Shelter 3 terlebih dahulu. sesampai ajher di shelter 3 tak semenamena kabus tebal turut mengiringi kami. dan di sini kesejukan lebih luar biasa aku terasa. Segalagala terhalang. pandangan terbatas langkah juga terbatas. banyak faktor yg kau kena jaga di sini. naknak pulak kau kena hadap kedaan trail yg pertama kali kau hadap. dan tak pernah jumpa sebelom ni. dan pastinya perasaan nya berbeza di sini.



Di tugu Yudha, lebih kurang 30minit sebelum ke puncak, bukan ajher sejuk luar biasa, perasaan  bercampurbaur juga mula terasa. Sumpah, tak pernah aku rasa perasaan yg semacam ni even 1st gunung yg aku jejak dulu pun. Gembira + sebak. Sumpah!! sebak beb.!!! hampirhampir ajher airmata mahai aku ni jatuh. Tu belum lagi sampai di puncak. alahaiiiiiiiiii......

Dan perasaan berada di puncak usah cakap lah. perasaan yg susah digambar. segalagalanya bersatu di sini. Priceless..!!!  Dek kerana keadaan cuaca tak mengizinkan, kami hanya berpeluang menikmati panorama Priceless ini tak sampai setengah jam pun.Dan perasaan juga panaoama Priceless ini akan kekal bukan untuk setengah jam seterusnya ajher tapi untuk selamanya. INSYAALLAH.


#dek penangan Muvi 5cm teringin rasanya nak cuba menikmati indahnya Semeru Bromo. 

"Mimpi-mimpi kamu, cita-cita kamu, keyakinan kamu, apa yang kamu mau kejar, biarkan ia menggantung, mengambang 5 centimeter di depan kening kamu. Jadi dia nggak akan pernah lepas dari mata kamu. Dan kamu bawa mimpi dan keyakinan kamu itu setiap hari, kamu lihat setiap hari, dan percaya bahwa kamu bisa.  - Donny Dhirgantoro, 5 cm -

16 May 2014

Selamat hari guru sedunia

Memang kalian tak punya setifiket tebaltebal yg mengatakan kalian guru terhebat. 
Tapi kalian tetap guru terhebat yg kami ada 

Terima kasih atas apa juga pelajaran untuk kami. Dari kami tiada apa kini kami sudah berwarna. 
Terima kasih juga atas segala pintu maaf yg sentiasa terbuka buat kami Dan maaf kalau aku bukan anak yg kalian banggakan.  

#Siapa dan apa juga di sekeliling kamu adalah guru. Selamat hari guru sedunia

15 May 2014

titik!!!

minggu ni entah kenapa agak sedikit beremosi. nak kata pembawakan budak belom bersuami. nak kata 'best friend datang melawat', belom time lagi. jadi, anggap saja perubahan hormon yg entah datang dari mana.


10 May 2014

Oh arjuna!!

Org kata malang tak berbau. Memang tak berbau, tapi kadangkadang malang tu kita akan  dapat rasa kehadirannya. Instinc! six sense!

Malang yg aku alami ni mmg tak boleh bau apatah lg nak di rasa. Cuma kehadirannya meresahka  jiwa.

Kalau dulu di taun pertama arjuna cedera parah di dada kini di taun kedua walau hanya secalit namun kesakitannya tetap mrobek hati.

Risiko

Ya..Salah aku meletakkan makna sahabat pada tempat yg sangat berisiko
Kalau dulu kau aku tak paksa meluahkan apa yg kau rasa
Mungkin hari ini dan selamanya makna sahabat akan tetap sahabat pada kita

Moga akan ada keajaiban yg akan mengubah makna sahabat
Untuk aku
Untuk kau
Untuk kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...