21 May 2014

Puncak Kerinci


Berada di puncak tertinggi negara asing tak termasuk langsung dalam kamus aktiviti mendaki aku  sebelom ni. Apatah lagi puncak volcano tertinggi Indonesia ini. Entah datang dari mana semangat aku yg tetiba membuat pengesahan penyertaan pendakian ke Kerinci, Puncak volcano tertinggi Negara Indonesia.

Mendengarkan tentatif program nya dah buat aku gerun. apa taknya sesampai sajer di airport Minangkabau, kami perlu menaiki bas ke Sumetera Barat yg perjalananya mengambil masa kirakira 12jam. alahai, belum apaapa mental dah calar.

Bukan itu saja, kecalaran mental aku bertambah calar dengan terlihatnya Puncak Kerinci di kaki gunung tersebut. Tapi pemandangan yg alahaiiiii kau tak kan dapat kat manamana Gunung ni yg membuat kan semangat aku dalam masa yg sama turut membuak.
 Tugu Macan berlatar belakangkan puncak Kerinci. 

 


Di awal pendakian, tak terasa pun aku berada di tanah asing. Trail yg agak sama dengan manamana gunung di Malaysia terutamanya gununggunung di kawasaan Tanah Tinggi. Trek belumpur, belumut, trail lutut ke dagu, mujur jugak tiada sang pacat di sini. 

Pendakian hari pertama kami ke kerinci berakhir di Shelter 2. Kami bermalam di sini dan akan meneruskan perjalanan ke puncak keesokan harinya. Aku sempat membayangkan kesejekuan di Puncak dek kesejukan luar biasa di sini.Alahaiiiiiii

Keadaan trail selepas ini akan lebih mencabar. tiada lagi tanah lumpur yg kau akan jumpa. yang ada hanya trail berbatu kecil sepanjang trek. di sini setiap langkah yg kau ambil kau perlu berhati. salah langkah ke gaung lah jawabnya. 

Kata gogo untuk sampai ke Puncak kami perlu melepasi Shelter 3 terlebih dahulu. sesampai ajher di shelter 3 tak semenamena kabus tebal turut mengiringi kami. dan di sini kesejukan lebih luar biasa aku terasa. Segalagala terhalang. pandangan terbatas langkah juga terbatas. banyak faktor yg kau kena jaga di sini. naknak pulak kau kena hadap kedaan trail yg pertama kali kau hadap. dan tak pernah jumpa sebelom ni. dan pastinya perasaan nya berbeza di sini.



Di tugu Yudha, lebih kurang 30minit sebelum ke puncak, bukan ajher sejuk luar biasa, perasaan  bercampurbaur juga mula terasa. Sumpah, tak pernah aku rasa perasaan yg semacam ni even 1st gunung yg aku jejak dulu pun. Gembira + sebak. Sumpah!! sebak beb.!!! hampirhampir ajher airmata mahai aku ni jatuh. Tu belum lagi sampai di puncak. alahaiiiiiiiiii......

Dan perasaan berada di puncak usah cakap lah. perasaan yg susah digambar. segalagalanya bersatu di sini. Priceless..!!!  Dek kerana keadaan cuaca tak mengizinkan, kami hanya berpeluang menikmati panorama Priceless ini tak sampai setengah jam pun.Dan perasaan juga panaoama Priceless ini akan kekal bukan untuk setengah jam seterusnya ajher tapi untuk selamanya. INSYAALLAH.


#dek penangan Muvi 5cm teringin rasanya nak cuba menikmati indahnya Semeru Bromo. 

"Mimpi-mimpi kamu, cita-cita kamu, keyakinan kamu, apa yang kamu mau kejar, biarkan ia menggantung, mengambang 5 centimeter di depan kening kamu. Jadi dia nggak akan pernah lepas dari mata kamu. Dan kamu bawa mimpi dan keyakinan kamu itu setiap hari, kamu lihat setiap hari, dan percaya bahwa kamu bisa.  - Donny Dhirgantoro, 5 cm -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...