LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 April 2013

biskut kapal terbang


sabtu hari tu tetiba tekak trasa nak makan biskut nostalgia, biskut zaman hingusan, biskut kapal terbang. sampai ada yang melebal aku runaway for secret marriage coz tetiba tringin. sampai ke Sabak Bernam mencarik biskut rare ni. gigih kau kan! mujur jugak jumpa walaupun rasanya dah tak umppphhh macam dulu.

Tringat dulu, Abah rajin beli biskut ni buat kami adik beradik tiap kali ada duit lebih lepas potong buah sawit. Zaman tu tak sama macam sekarang, nak makan biskut ni pun kena ada taimnya...memandangkan punya anak hampir sedozen, abah ajar kami hidup berkongsi. segala2nya yang boleh dikongsi. Syukur....segalanya bermula dari zaman kanak2.

#sumpah aku rindu childhood, aku rindu 90's...

No comments: