kenapa dulu boleh sekarang tak boleh
kenapa dulu lain skarang jadi lain
kenapa dulu selalu ada sekarang hilang entah ke mana
aku jadi bingung mencari penjelasan
bila ditanya, segan katanya
sebab tu aku kata aku lagi suka dulu
kita tak silu meluahkan apa saja
kita 'ada' tak kira masa
25 April 2013
23 April 2013
biskut kapal terbang
sabtu hari tu tetiba tekak trasa nak makan biskut nostalgia, biskut zaman hingusan, biskut kapal terbang. sampai ada yang melebal aku runaway for secret marriage coz tetiba tringin. sampai ke Sabak Bernam mencarik biskut rare ni. gigih kau kan! mujur jugak jumpa walaupun rasanya dah tak umppphhh macam dulu.
Tringat dulu, Abah rajin beli biskut ni buat kami adik beradik tiap kali ada duit lebih lepas potong buah sawit. Zaman tu tak sama macam sekarang, nak makan biskut ni pun kena ada taimnya...memandangkan punya anak hampir sedozen, abah ajar kami hidup berkongsi. segala2nya yang boleh dikongsi. Syukur....segalanya bermula dari zaman kanak2.
#sumpah aku rindu childhood, aku rindu 90's...
18 April 2013
bebas
aku lagi suka dulu
bebas berbicara tentang apa saja
aku lagi suka dulu
bebas meluakan apa saja
dan
aku lebih suka dulu
kerana kini aku xbisa bebas seperti dulu
#bukan tak redho..sekadar meluahkan apa yang aku rasa
bebas berbicara tentang apa saja
aku lagi suka dulu
bebas meluakan apa saja
dan
aku lebih suka dulu
kerana kini aku xbisa bebas seperti dulu
#bukan tak redho..sekadar meluahkan apa yang aku rasa
12 April 2013
kalah sebelum berjuang
Kenapa memikirkan kekalahan sedang kau belum berjuang. Selagi kau tak mencuba selagi tu kau takkan tau hasilnya. Tipikal pertandingan akan ada yg menang dan kalah. kalaupun kau kalah sekurang-kurangnya, kau dah cuba yang terbaik. Dan kalau kemenangan berpihak, ia satu bonus yg pastinya akan kau kenang selamanya.
Tapi kenapa kau takut berjuang, sedang garis penamat begitu hampir. Kenapa kau takut mencuba sedang semuanya hanya didepan mata. Kenapa kau takut menamatkan perjuangan sedang semuanya sudah bermula.
Bukan mudah untuk mengubah persepsi yang dah sebati dalam diri. kau yang memilih samada untuk terus berjuang atau sekadar melihat perjuangan orang lain. Semuanya pilihan kau!
09 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)