20 December 2011

Taiping bandar warisan : Versi Zoo Taiping

melawat penempatan haiwan di Taiping ni bukanlah agenda utama aku bila aku berkesempatan melawat bandar warisan nih. Tapi dek ajakan lelaki Budiman buat kami memutuskan untuk meneroka alam haiwan pulak kali ni.

pakcik ni la lelaki budiman tuh....beliau xjemu2 melayan kerenah kami yg terlebih gula ni bertanyakan itu dan ini tentang zoo Taiping nih. walaupun setiap minggu kot beliau kalau ada kelapangan akan ke sini...:D

seingat aku, kali terakhir aku menjejakkan kaki ke zoo melihat haiwan, lebih kurang 22tahun dulu. masa rombongan zaman sekulah tadika dulu. tapi tentunya kali ni aku xla se-excited zaman sekolah dulu. dulu tak penah tengok binatang secara live kan.....tapi kali ni kenela control ayu...berjalan dgn lelaki budiman la katakan... hehehehehehe

Uisshhhhh...banyak giler binatang kat cn. tapi yg xbestnya banyak gak la binatang yg tidor ajhe kerjanya....apa daa....xproduktif langsung. lagi satu yg xbestnya, apa ke ****.. letak babi kat zoo. pewai aku menontonnya.

lebih kurang 2jam berjalan di zoo taiping ni, banyak binatang2 baru yg xpenah aku kenal sebelum ni. korang penah tgk burung ala2 bangau tapi kaler oren2 pink...mesti xpenah kan...!!! so ambikla peluang ni untuk melihat dan mengenal sebanyak haiwan2 yg tak penah korang lihat sebelum nih. buat korang yg xberapa nk larat berjalan tu, jgn la sdih sgt... kat zoo ni mmg ada di sediakan shuttle di sepanjang laluan zoo ni. tapi x chara la kan melihat binatang dari tigkap shuttle ajhe.
kami ngah tunggu turn nak tunggang si En. Zebra tuh....

Bila nama pun budak2 terlebih gula kan.....so melawat haiwan pun korang bantai posing sakan. buat korang yang teringin nak mengimbau zaman kanak2 korang kat sini mungkin tempatnya. so, apa lagi!!! layan binatang pulak kita...:D

16 December 2011

Taiping bandar warisan : Versi Kenduri Kawen FaizSyuhada

wah...lama betul aku tak menjengah apa lagi nak menghapdate barang sesuatu kat sini. so, kali ni aku nak share pasal trip aku ke Taiping Bandar warisan sempena meraikan Pengantin baru si Faiz dan syuhada.

perjalan yg memakan masa lebih kurang 3jam dari shah alam aku rasakan terlalu panjang....naik pewai aku bertapa dalam kereta tuh. mana taknya dgn cuaca yg agak terik dan highway yg sesak dgn kenderaan membuat aku pewai...tension mak..;p

Hampir pukul 2ptg baru kami sampai ke destinasi sebenar. Fuhhh lega.. sampai jugak... Berbeza dgn kenduri kat tempat aku, kat sini seawal jam 2ptg tetamu mmg dah xkelihatan. yg ada cuma saudara terdekat. dan caterer juga sudah pun membersihkan peralatan mereka. nampaknya mmg xde rezki kami nak makan laksa dan cendol kerana kata Faiz mmg menu tuh menjadi rebutan. Tak pe la ada nasik minyak kan..:D

Tapi bagus jugak dah xde tetamu sgt... ada chance la aku posing sakan atas pelamin nanti...hehehehehe. memandang kan Enchik cameraman mereka mmg sporting giler, kami dgn tak malunya meminta beliau merakamkan picca2 kami di cameranya...hehehehhehee

owwhhh...rindu betul dgn makcik bertudung biru tuh....bakal menjadi ibu...:D

kami ambik berkat pengantin..moga2 lepas nih sampai turn kami pulak...:D


Tgh duk asyik bersantap sambil menyebang2 kosong kami terpikir kan tentang Mee udang kuala sepetang. bila nurul sebut ajhe pasal tuh mmg senyum sampai ke telinga aku. mana taknya mmg dari dulu lagi aku mmg teringin nak menikmatinya. Seorang pakcik mencadang kan kami ke restoran mak jah. so, nantikan carutan aku dalam misi menjejak mak jah...:D

apa pun Faiz & syuhada, selamat menjalini kehidupan suami isteri dgn gembiranya. Doa kami semoga ikatan ini akan kekal selamanya. Selamat Pengantin Baru... >.<

07 December 2011

Jodoh itu rahsia Allah

sekarang aku dah tau nak memberi jawapan terbaik bila ditanya tentang jodoh, tentang solumate. mudah, DIA lebih mengetahui segalanya. semuanya DIA dah aturkan. percaturanNYA mmg yg terbaik. hanya DIA yg tau bila dan dgn siapa aku akan berjodoh.


Tapi..wajar ke kalau aku berdiam diri dan hanya menanti akan kehadiran jodoh yg dah tertulis buat aku. org kata rezki tak kan datang bergolek kalau kita xberusaha untuk mendapatkannya. macam tu la jugak kisahnya dgn jodoh. ia tak akn datang kalau tak di cari.


tepuk dada tya lah hati kan. aku pernah terbaca dalam blog cik theskem tentang doa dipermudahkan jodoh. serius mmg aku tak pernah amal kan dan tak pernah terpikir nak amalkan pun. lepas nih aku akan cuba amalkan. caranya amalkan potongan ayat nih setiap kali sebelum keluar rumah.


”Mahasuci Allah yang telah menjadikan makhluk berpasang-pasang semuanya; baik yang tumbuh di bumi; mahupun diri mereka sendiri; begitu juga apa-apa yang mereka tidak mengetahui”.. (Surah Yaasin ayat 36)

>.<

03 December 2011

Korbu-Gayong (KORGA)

org kata KORGA mmg hardcore lagi hazab. pada aku mana2 gunung pun mmg ada hazabnya yg tersendiri. Tapi setakat ni, gunung ke-2 tertinggi di semenanjung ni paling hazab dalam sejarah hidup aku. tapi mnurut otai, dalam G7 CUS paling hazab. huhu korga pun pada aku sikit punya hazab ni pulak nk menempuh CUS yg dikatakan paling hazab.

sebenarnya aku tak plan pun nak ke KORGA. ajakan last minit sis ana aku sahut dgn senang hati....lagi pun, dah lama berehat dari meneroka alam yg satu nih. Tapi kata sis, KORGA mmg giler hazab. G7 la katakan. nak2 pulak musim hujan macam skrg nih. mmg kene beringat lah. Dgn trek licin nya...pacat kompem la kan...

so, sabtu tu semua peserta berkumpul kat masjid ulu kinta. Dalam pukul 9pg gerak ke dam ulu kinta. kami memulakan pendakian lebih kurang jam 10pg seramai 18 peserta. awalnya mmg aku gerun jugak la..mana taknya, masing2 berwajah otai. mau aku tertinggal 16 tiang ke belakang. kami di beri sedikit rumusan tentang gunung KORGA nih. menurut abg sham, hari ni kami akan bermalam di kem SEROJA, lebih kurang 6-7jam dari starting point kami. Trek santai namun kami perlu meredah lebih kurang 9 batang sungai. nahhh..rasakan!!!
air terjun batu besar 1jam 30 minit sebelum sampai ke kem seroja

kami berwajah kental bersaksikan kem seroja

Kepayahan menakluk KORGA hanya bermula pada hari ke2 pendakian kami. Target kami hari ni adalah Puncak Korbu. untuk sampai ke puncak korbu kami perlu melalui puncak Botak - Puncak Chuban - Korbu raya - KORBU. lebih mencabar kami perlu memikul air dari last water point ke puncak korbu yg memakan masa lebih kurang 4 jam. trek paling mencabar adalah trek ke puncak chuban. menegak hampir 90 darjah okeyyy... adakala kami perlu melalui trek bertali dan tangga besi.

puncak chuban a.k.a cobaan (baca gaya ala2 PRamlee)

lebih kurang 8-9 jam pendakian, aku sampai di puncak KORBU. trasa sgt lega bila menjejakkan kaki di puncak. mmg target aku mau sampai di puncak sebelum gelap. alhamdullih, dalam jam 6 aku berjaya menakluk puncak KORBU. pewai mmg pewai la....dgn trek berselut penuh lumpur nya. belum masuk trek lutut ke dagunya lagi. Terpikir pulak kawan2 kat belakang. jgn la mereka OT sampai larut malam. apapun sweeper kami si shahrol mmg terbayekkk la... tabik spring la sama lu. :)
Suhu di puncak korbu, jgn citer la...mmg giler sejuk. mereka kata, kalau bernasib baik boleh nampak suasana malam di Simpang Pulai dan Bandaraya Ipoh selain dari gunung-ganung sekitar Banjaran Titiwangsa. Tapi, cuaca malam yang asyik menangis tidak memihak pada kami.

Geng castello was here ...!!! ~Puncak KORBU ~

misi hari ke3 kami diteruskan. kali ni kami akan ke puncak gayong. kata abg sham trek kali ni agak santai. dalam lebih kurang 2jam kami akan sampai ke puncak. rupanya santai pada pandangan otai2 sepertinya. bagi aku agak hazab la....tapi xsetanding kehazaban puncak chuban semalam. Tapi satu yg menarik tentang trek ke puncak gayong, laluan pokok2 berlumut, pemandangan yg superb mangurangkan tahap kepewaian aku.

laluan ke puncak gayong

periuk kera KORGA

banjaran di sekeliling KORGA..mmg owsem!!!

kami di puncak gayong :)

Trip kali ni mmg mengundang tawa dan air mata. tawa kerana masing2 punya cerita yg mampu membuat kami ketawa berguling2, terutama dgn kombinasi si ustat dan mami. air mata pulak selain dari terpaksa menumpuh trek yg mmg hazab, inchik sweeper bersama 2 kawan kami yg terpaksa bermalam 'on-track' saban malam. dgn cik midge yg tersalah langkah di kayu balak sehingga menyebabkannya terhumban ke dalam gaung. mujur juga ada si arjuna yg menemaninya sepanjang trip nih. kalau tak mmg haru.

Di sini, buat pertama kalinya kami OT di hutan. perasaanya....huh..mmg hazab. pada aku berjalan malam di hutan mmg banyak risikonya. risiko tersalah jalan paling aku takuti. nak pulak di sini kita perlu melalui banyak sungai. mmg risau kalau2 kami tersalah memilih jalan. Syukur semuanya selamat.

apapun, pada aku KORBU mmg lengkap dgn pelbagai macam kesusahanya. dengan pacat nya yg memang gggrrrr...bikin pewai. dengan anak2 tiri Korbu dan puncak tipunya. trek dagu ke lututnya lagi. tu belum masuk bab CHUBAN yg benar2 menguji mental. mmg terbayekk lah.

25 November 2011

hari jersi se-antarabandar

sempena kemenangan pasukan harimau muda menentang skuad garuda dalam sukan sea hari tuh, pihak pengurusan Antarabandar dgn bangganya menetapkan bahawa hari ni merupakan hari bergaya kasual dgn jersey harimau malaya.

so, masing2 mmg tak melepaskan peluang bergaya sakan dgn jersey harimau malaya. aku tidak ketinggalan. hehehehehe...sepanjang aku di Antarbandar, ni 1st taim kami beraktiviti macam ni. so, harap2 akan ada lagi aktiviti macam ni. best apa....:)

sukanya aku berjersey kuning putih :)

tgk yg tengah tuh...sakan ko senyum yer dek......!!!


jgn nak perasan ko jejaka hot la bro...;p


mirmo berbelang hitam kuning...:D

comey kan aku..:D


di sebabkan team SM mmg x sporting....ni je ler yg dapat di snap...:D


ada x jejaka owsem...??? ;)


stylo lah....dah macam satu pasukan bola sepak. yg berkemeja tuh pengurus pasukan. 2 jelitawan tu plak pompom girl. :)

we are family...:D

Tapi kalau aktiviti macam ni mendapat tajaan pihak pengurusan mmg lagi marbeles lah jawabnya...hehehehehe.

23 November 2011

Flaming Steamboat Buffet (FSB)

sebelum ni mmg aku selalu dengar pasal FSB nih, tapi baru berkesempatan ke sana malam semalam. Itu pun setelah macam2 tempat yg kami cadangkan. at last kami decide kat sini ajhe. lagi pun mmg masing2 pun tak pernah ke FSB nih.


Tapi risau gak dgn ina si manusia pelik tuh. takut dia takbolehblah dgn tempat nih....dah nama pun manusia pelik kan. hehehehehe ^^. dan kerisauan kami akhirnya menjadi nyata, mmg dia makan makanan yg org takkan makan kat steamboat restauran. hrrmmmmmm.......... :(

pelbagai jenis seafood, sayuran, daging, bebola segera, mee & desert yg di sajikan kat sini. selain steamboat ni, nasik goreng, mee goreng pun ada jugak. tapi rugi la kan kalau mai FSB ni makan nasik goreng. dah nama pun Flaming Steamboat Buffet. =)

hampir 2jam kami di FSB, mmg terasa berbaloi2. mana tak nya kau boleh makan sampai muntah. makan la berapa banyak sekali pun bayaran yg di kenakan tetap jugak sama. tapi kalau bawa org yg x kuat makan atau manusia se-spesis dgn manusia pelik mmg satu kerugian di situ.

Selain ina, dayah n nurul mmg makan dgn baik...hehehehehehe...tak sia2 bawak derang. mmg sampai pengsan drg makan. tgk la bawah tuh...satu meja penuh dgn makanan drg ajhe.....huhu

apapun, saat2 macam ni mmg akan aku rindu satu hari nanti. tak tau taun depa kami akan dapat makan2 macam ni lagi. mana la tau kan memasing dah dah ada hidup sendiri. terima kasih korang sentiasa ingat akan hari yg aku hampir terlupa akan kehadirannya. >.

rabu tanpa kata





>.<

22 November 2011

patahnya sayap garuda



ibu segala pingat sukan sea masih lagi milik kita.!!! tahniah buat pasukan harimau muda. pada aku perlawanan semalam antara perlawanan paling mendebarkan dalam hidup aku...huhu...bukan apa, perlawanan yg panjang membuat jantung aku berlari dgn begitu pantas. dan akhirnya seluruh rakyat melaysia mampu menarik nafas lega sekali gus melompat kegirangan dgn kemenangan sekali lagi dalam acara bola sepak ini.

walaupun sebenarnya pasukan negara punya banyak peluang untuk mengutip lebih mata, namum peluang yg ada tidak digunakan dgn sebaiknya. apapun harimau malaya tetap juga berjaya membaham garuda di atas awan.

Hero semalam pastinya aku letakkan pada baddroll bakhtiar dan apek sbg penyelamat skuad kebangsaan. apek sentiasa memberi persembahan terbaik di saat seluruh rakyat memerlukannya. baddroll, sudah tentu menjadi penentu kemenangan kita semalam. Dan Fakri patut belajar bermain dalam pasukan. lebih peka dgn kehadiran rakan lain dan tidak terlalu gopoh untuk menjaring kan gol.

apapun tahniah tahniah dan tahniah skuad hitamkuning.
pssstttt.....dah macam pengulas sukan pulak aku nih.....cehhhhh ;)

21 November 2011

musim doyan

kalau kat tempat lain mmg dah lama demam raja buah berakhir, tapi kat kampong halaman aku a.k.a kampong soeharto, baru je bermula. mmg balik kampong semalam berpesta durian sakan aku. alhamdulillah taun ni mmg menjadi durian2 abah. baik betul pokok2 ni pada kami sekeluarga. hehehehehehehe...

bagi aku yg boleh di ketegorikan sebagai 'hantu durian' mmg siang-malam aku di kampong melantak durian ajhe...... sampai satu tahap aku ditegur emak coz terlalu banyak makan durian. hailaaa....bukan selalu kan dapat makan durian.

dah pesanan emak tentang 'durian boleh bikin suhu badan meningkat dgn cemerlang' aku pandang sepi. janji aku puas menikmati buah peberet aku...hailaaaaa... sudahnya mmg aku yg hazab... jenuh 3 4x aku mandi tuk menyejukkan suhu badan yg naik mendadak. =)

kalau semalam aku kepanasan dek kerana makan buah durian....tapi hari ni aku kepanasan kerana melihat picca kat atas tuh. hailaaaaaa..... terasa nak balik kg menikmati raja buah ni lagi.... hehehehehe

dun worry be happy lah kan, next 2week aku balik lagi. harap2 sempat la aku rasa buah durian yg tepi paya tu plak...abah kata tu pokok durian kawen.kompem la rasanya superb kan.... kacuk la katakan....:)

hepi buffday dear!!

November aku mmg meriah dgn buffday2 mereka yg dekat dgn aku.. dari awal bulan sampai sekarang mmg makan kek ajhe memanjang ---> ok aku tipu...heheheheheh. dalam keluarga mmg bulan november ni bulan untuk aku, abg mamat and adik bongsu aku, Farhan. kat opis ni pun apa kurangnya...ramai juga yg berkongsi bulan bulan yg sama dgn kami.

paling beruntung adik bongsu aku la. mana tak nya, disebabkan dia lahir pada bulan ramadhan 8 tahun lepas, mmg setiap kali ramadhan dia akan mengingatkan aku tentang kek hari jadinya. bulan november apatah lagi. sungguh gila kuasa adik aku ni. dan memandangkan aku ni jenis kakak budiman lagi baik hati, layan kan ajhe la......apa ada hal kan....=)


tgk dia eksaited sekali memotong kek...:)

kata farhan dia semakin dewasa.......bila besar nanti mau jadi polis, berbakti pada negara katanya....:)

apapun, buat abg mamat n farhan, di ucapkan selamat panjang umor, dimurahkan rezki, dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat dan semoga menjadi anak yg soleh berbakti pada keluarga. aminnnn....

13 November 2011

owh lazy sunday :(

bila hari Ahad kena kerja, mmg tersangat la bosannya. bukan sebab ofis sunyi dari kerenah penghuni antarabandar. Tapi sebab kene kerja dgn org2 yg xberapa best pada aku. aku xderk kawan nak sembang2 kowtt....terpaksa la menyumbangkan suara kepada diri sendiri walaupun mmg hazab aku mendengarnya.

owhh..What to do? Sunday are Soooooooo much better when you don't have to go to work!!!! dah nasib badan kan...kang kalau xmai kata xbertanggungjawab dalam kerja pulak. walaupun mmg bukan sll ada task2 urgent macam nih....redha je la ...:)


aku xikhlas...???? bukan la....sekadar luahan perasaan...menandakan aku pewai berlama2 kat opis bersama mereka yg xberapa nak best.....tak kisah la, janji kerja aku shiap sudah...tapi kalau kerja dgn mereka yg sangat best lagi semangat kowt aku bekerja. bagi la lelaki owsem ke...aku sampai ke malam pun rela......:)

10 November 2011

hadiah buffday in advanced

cuti raya haji lepas, unsangkarable aku dapat hadiah hari jadi in advanced dari kakak ipar aku....hrrrmmmmmmmm.....haila....awalnya dah ingatkan aku yg umur aku ni semakin menginjak usia 'tua'.

hadiah hari jadi paling awal yg penah aku dapat setakat ni. btw kak muli, thanks yae...... hehehe.. suka sangat, chantekk la jam tuh... sebenarnya 2hari sebelum tuh mmg ada cakap2 pasal jam tangan dgn My lil' sis. ye la dia beli jam baru tak hengat kat kakak dia ni pun. ada la jugak unsur2 aku mrajuk di situ....dan sememangnya TUHAN tu mendengar setiap permintaan hambanya.


walaupun buffday aku lambat lagi. Aku sentiasa berdoa agar Allah murahkan rezeki dan mempermudah perjalanan hidup aku. aku redha dengan setiap aturan yang DIA berikan tuk aku. Aku juga berdoa agar Allah sentiasa temukan aku dgn sahabat sejati selain dari keluarga yg sentiasa ada kala aku mengecapi kejayaan atau kala aku kecundang.

08 November 2011

Contest Gadget Impian

bagi aku yg belum memiliki gadget idaman hati kompem akan tergoda tiap kali melihat seseorang sedang asyik menggendong Digital Single-Lens Reflex (DLSR) sambil merakamkan apa jua gambar dgn pelbagai aksi. Sebetulnya, aku juga pernah berentri dulu bahawa, memiliki DSLR ni mmg antara angan2 tuk aku capai bagi tahun 2011 ni. Tapi nampak nya sehingga ke saat ini, aku mmg belum berjaya memenuhinya...:)

secara jujur, ada banyak cara yang boleh aku lakukan supaya gadget tersebut berada dalam genggaman aku. tapi sikap ambil mudah aku membataskan segalanya. Pernah dulu aku duk asyik meng'ejas' my lil' sis supaya memenuhi impian aku menjadi realiti. namun dia punya rasionalnya sendiri. katanya menabung adalah jalan terbaik selain dari meminta 'calon' suamiku memasukkan DSLR antara barangan wajib di dalam senarai barang hantaran untuk aku. hrrrmmmmmm...alamat kempunan la aku sampai ke tua....:(

namun contest yang dianjurkan denaihati membuka semula peluang untuk aku milikinya. mungkin peluangnya sangat kecil, tapi hal ini sangat subsektif kan...!!?? kerana pada aku, siapa saje punya peluang yang sama untuk mencapai impian memiliki gadget impian mereka. mana tahu doa dan permintaan aku di sampaikan TUHAN.

*********************************************

"Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak"

02 November 2011

hey gemokkkss..

Korang penah bayangkan tak.....satu hari, sedang khusyuk korang menikmati makan malam korang sengsorang, tiba2 korang menerima nota salam perkenalan dari seorang wanita selang beberapa meja dari meja korang. wanita tersebut tanpa silu memberikan senyuman plg owsem buat korang. namun dia adalah seorang wanita comel yang beratnya mencecah ratusan kg! dan korang boleh diketegorikan dalam golongan lelaki awesome lagi kacak. agaknya, sudi tak korang menyambut salam perkenalan wanita tersebut? aku yakin, tak senang duduk korang dibuatnya. dalam hati kompem berbakul2 menyumpah seranah dan ada pulak yg menyumpah secara terang2.

oh dude....!!! hinakah menjadi perempuan GEMUK ? tanyalah mana2 lelaki seluruh dunia, sanggupkah mereka menerima seorang perempuan gemuk sebagai soul-mate mereka???? aku yakin kalau adapun, peratusannya tersangat la rendah. tapi rasanya mmg ada lelaki yang lebih menyenangi wanita gemok. correct me if i'm wrong. :)

hailaa.....sya juga dalam ketegori gemok. mmg pewai berada dalam kategori nih. bertambah pewai, aku bukanlah gemok secara semulajadi. aku penah gemok dan pernah juga berada dalam kategori kering xhengat satu masa dulu dan sekarang aku berjaya memegang title gemoks nauzubillah.......dah macam blue hyppo comel pun ada...---> bajet...!!!!

mmg akan ada yg akan kata bukan gemok sangat pun tapi tetap gemok pada mata aku...lemak di sana sini...pewai pewai pewai....tulah orang kata, sebenarnya yang org pompuan ni agak sensitif dalam bab2 berkaitan berat badan nih. tapi orang kata lagi, gemuk tu salah satu seni jugak? benarkah..??? mungkin ada antara korang yg punya jawapannya.

01 November 2011

November pertama

1-11-11 !!! apa yang korang pikirkan...stylo kan date nih!!! rasa baru semalam november menyapa...tuptup...dah dia datang lagi. hurrmmmmmmmmmmmmm...banyak lagi perkara yang belum tertunai untuk taun nih....nampak gayanya memang kene carry forward lah.

pada aku yg sinonim dgn November nih selain daripada bertambahnya usia aku adalah musim tengkujuh yang menyesakkan. mujur jugak aku bukan anak kelahiran pantai timur atau utara tanah air...kalau tak, November adalah antara bulan bencana bagi aku. mana taknya bila hujan ribut tak reti merehatkan diri kompem ajhe ada musibah bakal melanda. apa lagi bah besar lah...Syukur ya Karim...

Apapun November tetap akan datang dan pergi. cuma macamna aku nak menghargai kedatangannya sajhe. semoga November kali ini akan memberi sejuta makna serta memberi 'impak paling maksima' dalam hidup aku seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...