Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

25 June 2013

nasik kawen Nurul Akxmar


Selamat Pengantin baru kawan
semoga perjanjian indah yang di meterai kekal sampai mati

12 March 2013

CE Annual Dinner [Movies & Cartoon Nite 2012]

Menjadi lumrah setiap kali annual dinner mmg aku akan lari tajuk sikit bab berpesen. Dinner anjuran dan jemputan customer pun aku tetap dgn hal aku. jadi kenapa!!!! Kami sampai tepat pada waktunya tetapi ramai tetamu dah membanjiri ruang legar Hotel Vistana KL nih. Itupun setelah jenuh mencari dimanakah longitude serta magnitudenya Hotel nih.


Siapa sangka, mereka yg aku biasa aku jumpa atas urusan formal, aku temukan di sini dari sudut yang sangat berbeza. Di sini mereka menunjukkan siapa diri mereka yang sebenarnya di dunia luar. Ya! mereka sangat sporting dan suportif.
Kebanyakanya tak mau kalah dalam mengayakan karektor masing-masing. dan pada aku antara yang paling mencuri tumpuan itu taim mungkin Sang Zorro & Si Jack Sparrow. wow!! curtlas kau jah. (y)


Apapun, terima ksih daus keladi next taim jemput lah lagi. ^.^

08 March 2013

akif dah 2 taun


Cepat betul masa berlalu. Akif dah masuk 2 tahun tapi rasanya aku masih macam ni. xde yang berubah. Ok! ni bukan entry pasal aku, tapi nak cerita pasal si bufday boy. Tak ada yg lebih bermakna selain permintaan kami padaNYA supaya akif sihat selalu. Dan, somoga akif dipanjangkan umur dan menjadi lelaki kebanggaan keluarga hendaknya. kami sayang akif ketat2!! ^.^

01 March 2013

nasek kawen Abg n Sue

cerita kawen nih dah agak berkurun sebenarnya, dan terasa baru hari ni nak mengkongsi kat sini. Sumpah aku cakap Abg sangat kacak hari tuh. Dengan busana sedondon putih  bersih menyerlah kan lagi seri pengantin mereka.

Melihat keindahan mereka membikin aku jadi tak sabar menanti detik bahagia aku pulak. Hailaaaa..., sempat pulak aku berangan.



Apapun, selamat Pengantin baru buat Jamali Fazli Jamaluddin yang kami panggil abang dan isteri Sitti Suaiba. Semoga diberkati dan berbahagia sampai mati hendaknya. ^.^

20 February 2013

cerita kawen Kak Ila N Kaloi

 
"Mereka kata, mereka tak sempurna. Ketidaksempurnaan mereka melangkapi sehingga mereka jadi sempurna. meski hanya bagi mereka berdua. Somoga ALLAH yang maha sempurna menilai kesempurnaan mereka." 
 
-unknown-

Semoga perkahwinan yg dibina kekal selamanya...amin ^.^

14 February 2013

Farewell C'Nor


Hari tu sempat meraikan C'Nor sempena hari terakhir perkhidmatannya di Antarabandar. Meraikan bukan bermakna kami bergumbira dgn ketidaannya tapi bergembira dgn penghijrahannya ke tempat yg lebih baik dan sekadar ingatan kami mengenangkan c'Nor antara 'HOT STUFF' kat Antarabandar nih.
 
Walaupun meraikan C'Nor dalam majlis yg serba sederhana, aku yakin ia meninggalkan kesan yang bukan sedikit pada kami semua.  Pasti lepas ni takkan ada lagi suara2 halilintar seakan tertelan speaker system saban waktu mengejar artwork atau membebel tak tentu hala. ---> matilahhhhhhhh :P






Apapun doa kami semoga C'Nor lebih bergembira di tempat baru dan moga maju jaya serta success dlm apa jugak bidang. Jangan pulak lupakan kami2 yg pastinya lebih Hot dari kamu kat cn. ^.^

07 February 2013

tarikan A05/A06/A90 di PB1M

Macam selalu, pesta buku memang aku nanti2kan saban tahun. Tapi kali ni memang sangat berbeza dgn tahun2 sebelum ni.  Kalau sebelum ni memang novel chinta klise menjadi tumpuan aku setiap kali tibanya pesta buku, tapi tidak kali ini. Kiranya ini kali pertama aku ke pesta buku sebagai peminat tegar buku2 'haluan kiri'.

Berbekalkan kertas kuning berupa senarai buku yang akan aku grab, aku melangkah penuh semangat namun tetap ayu mencari amplitud serta magnitudnya kedudukan sebenar booth2 ohsem yang ada diantara mereka katanya memberi T-shirt percuma bg setiap pembelian RM 100 ke atas.



Kami hanya mengambil masa kurang 1jam untuk tour kami pada PB1M hari tuh. dah hasilnya. nahhhhhhh...lumayan bukan! aku bukan sajer dapat T-shirt percuma malah dapat juga beg2 ohsem dari mereka.

Percayalah kata aku, tak rugi kadang2 berbelanja pada sesuatu yg menjadi kegilaan kita dan mungkin akan menjadi kebanggaan anak cucu kita kelak.! ----> M0TIP! ^.^


31 January 2013

mereka berdarah manis katanya!


Selamat bertunang sahabat
Doa kami sentiasa mengiringi
Semoga hasrat dipermudahkanNYA
juga kekal abadi selamanya

25 January 2013

abah turn to 58


Selamat hari lahir abah
semoga abah diberi kesihatan yang baik
rezki yang melimpah ruah
Percayalah tiada yang lebih bernilai
dari kasih sayang kalian buat kami

'Ya khaliq, aku mohon kau panjangkan umur kami,kau murahkan rezki kami untuk kami berbakti pada kedua ibubapa kami'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...