Showing posts with label life and passion. Show all posts
Showing posts with label life and passion. Show all posts

06 October 2016

Datang Balik

Masa ni baru nak blajarblajar bekenalan dengan alam. Tak tau pun manjat gunung tu rasanya macamana. Redah je. Menyesal gak ikut kau Dayah time ni. Baik aku duduk depan tiwi makan pop corn.  

Tapi rasa nyesal tu sekejap je datangnya. Dasar keras kepala!! Sakit kaki tak ilang lagi dh request next gunung mggu seterusnya. Maka terjadi lah sirisiri manjat gunung selepas Gunung Datok bulan Jun enam tahun dulu. Teringin pulak aku nak buat comeback lepas dah berkurun mereput duk manjat tangga shopping mall ajhee kekdahnya.

Kisah nya time tu kita seisi rumah kebosanan tak de mende nak buat. Jadinya kau mintak teman sekelas insuran kau Kak Ana bawak kitakita yang tengah kelaparan aktiviti hujung minggu ni cubacuba aktiviti yang dh lama mereka terokai. Tak sangka pula dari sukasuka seterusnya jadi hobi pula.

17 May 2016

teater atas pokok

Ni pengalaman pertama aku layan taeter sebenarnya. dan pengalaman menonton lakonan secara live ni lagi tambah menarik kerana teater atas pokok ni di lakonkan di atas sebatang pokok. Pastinya aku teruja berpengalaman melihat keterujaan pelakonpelakon layar di atas pokok.

Keterujaan aku tak aku raikan sendirian, aku berjaya memaksa memujuk beberapa rakan yg aku sudah aturkan shoping sakan di siang harinya. Jadi malam nya aku dengan nada manja dan memaksa teruja menerangkan tentang teater ni walalu aku sendiri masih samar.

Kesian juga aku pada kawankawan yang terpaksa pasrah menyaksikan teater atas pokok ni. at least korang pun dapat pengalaman dan pengajaran kan. Aku? pastinya akan ada teater susulan lepas ni. Cuma siapa pula mangsa aku lepas ni.

27 January 2016

Jeram Jepun

 
 

Sebelum terjejaknya kaki ke Jeram Jepun ni, Sumpah aku tak penah dengar pun nama Jeram ni. Even aku baru tahu kat Gombak pun ada Jeram yang superb cenggini. 

Nak ke Jeram ni tak perlu treking sampai pat lima jam nak sampai ke kemsait. Aku rasa dalam sepuluh minit ke lima belas minit je dari starting point. Waterfall cun, air cun, apa lagi yang kau carik. Rugi kot kalau kau tak teroka jeram yang satu ni.

28 December 2015

Tabur Extream

Plan nak ke Tabur ni hanya terpacul bila kami duk lepaklepak mandi di Lepoh pagi sabtu lepas. memandangkan masingmasing dah lemau duk main sliding kat Lepoh tu, Lan & Daus memberi idea supaya petangnya kami trus ke Tabur Extream. Aku yang memang dah lama teringin nak ke sana memang tak lepas peluang.

Jadi, lebih kurang pkl 5 ptg kami dah berada di starting point bukit Tabur Extream. Dengan keadaan  mentari yang agak terik, ada jugak la sedikit kekesalan bersetuju dengan idea giler Mereka ni. Tapi segala mak nenek kekesalan tadi hilang lenyap bila tengok ajher view yang superb di kombo kan pulak dengan remangremang senja dari puncak tabur. Perasaan nya memang tak ternilai.

16 November 2015

wall Climbing @PCP





Pertama kali try wall climbing. Nak sampai kat atas tu memang luar biasa hazabnya. Lagi payah dari 10 hari mendaki CUS legend. nak sampai separuh batu tu pun 3h3m gak badan aku sakitsakit. kalau sampai ke hujung tu tak ta la berapa lama sakitnya.

Sebenarnya tak plan pun nak memanjat nih. Ajakan si Lan aku sahut tanpa banyak pikir. Terima kasih yer Lan dan adikadik sekalian yang ajar kan saya dan bagi sokongan saat mula2 pegang tali nak memanjat sampailah turun semula mencecah lantai.

kalau tanya perasaan nya bagaimana, memang susah aku nak gambarkan. Apa kata rasai sendiri nikmatnya wall climbing ni. Tak rugi pun. Hidup ni singkat je tuk kita tak cuba bendabenda baru dalam hidup kita.

Walaupun payahnya di skala ke 10, aku akan pastikan ini bukan kali terakhir aku mencubanya. Aku pasti akan ada ulangan untuk aktiviti ni.

22 October 2015

Tunaikan hajat Paan ke Sg Chiling





 

Hajat nak bawak adikadik aku ke Sg Chilling ni sejak dari sebelom puasa lagi. Dan barubaru ni je berpeluang bawak mereka ke sana.  Syukur!! sekurangkurangnya tertunai jugak Hajat. Yang paling berhajat Paan la si adik bungsu aku.

Aku sebenarnya agak takut la nak bawak adikadik aku naik sampai ke waterfall. Bukan apa, nak redah 5 batang sungai yang bukan calangcalang deras nya. Untuk korang yang dah biasa hiking atau untuk korang yang ada saiz badan normal rakyat m'sia aku tak heran. ni masing2 cikeding2 *sebenarnya perasaan aku je adik2 aku ni cekeding, hakikatnya tinggi mereke melebihi aku.

Syukur tiada sebarang kecelakaan dan trip mandimandi ni berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah. paan siap boleh tanya kakak dia yang sorang lagi tu "kakak Ok tak' setiap kali kakak dia tu benti. dan aku senyum sendiri.

Paan kata 'nanti kita datang lagi tau kak'. Dan aku angkat ibu jari tanda setuju.
Owwhh...Selamat berjaya dalam UPSR & SPRA Paan ^.^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...