sebenarnya aku tak plan pun nak ke KORGA. ajakan last minit sis ana aku sahut dgn senang hati....lagi pun, dah lama berehat dari meneroka alam yg satu nih. Tapi kata sis, KORGA mmg giler hazab. G7 la katakan. nak2 pulak musim hujan macam skrg nih. mmg kene beringat lah. Dgn trek licin nya...pacat kompem la kan...
so, sabtu tu semua peserta berkumpul kat masjid ulu kinta. Dalam pukul 9pg gerak ke dam ulu kinta. kami memulakan pendakian lebih kurang jam 10pg seramai 18 peserta. awalnya mmg aku gerun jugak la..mana taknya, masing2 berwajah otai. mau aku tertinggal 16 tiang ke belakang. kami di beri sedikit rumusan tentang gunung KORGA nih. menurut abg sham, hari ni kami akan bermalam di kem SEROJA, lebih kurang 6-7jam dari starting point kami. Trek santai namun kami perlu meredah lebih kurang 9 batang sungai. nahhh..rasakan!!!
air terjun batu besar 1jam 30 minit sebelum sampai ke kem seroja
kami berwajah kental bersaksikan kem seroja
puncak chuban a.k.a cobaan (baca gaya ala2 PRamlee)

laluan ke puncak gayong
periuk kera KORGA

banjaran di sekeliling KORGA..mmg owsem!!!
kami di puncak gayong :)Trip kali ni mmg mengundang tawa dan air mata. tawa kerana masing2 punya cerita yg mampu membuat kami ketawa berguling2, terutama dgn kombinasi si ustat dan mami. air mata pulak selain dari terpaksa menumpuh trek yg mmg hazab, inchik sweeper bersama 2 kawan kami yg terpaksa bermalam 'on-track' saban malam. dgn cik midge yg tersalah langkah di kayu balak sehingga menyebabkannya terhumban ke dalam gaung. mujur juga ada si arjuna yg menemaninya sepanjang trip nih. kalau tak mmg haru.
Di sini, buat pertama kalinya kami OT di hutan. perasaanya....huh..mmg hazab. pada aku berjalan malam di hutan mmg banyak risikonya. risiko tersalah jalan paling aku takuti. nak pulak di sini kita perlu melalui banyak sungai. mmg risau kalau2 kami tersalah memilih jalan. Syukur semuanya selamat.
apapun, pada aku KORBU mmg lengkap dgn pelbagai macam kesusahanya. dengan pacat nya yg memang gggrrrr...bikin pewai. dengan anak2 tiri Korbu dan puncak tipunya. trek dagu ke lututnya lagi. tu belum masuk bab CHUBAN yg benar2 menguji mental. mmg terbayekk lah.
4 comments:
tahniah!!!! jom pasni pegi CUS..hehehehe..
CUS....perrgghhhhhh.....pewai xabis lagi ni...huhu..
btw, kezen kawen la tyme tuh..:(
tahniah babe! i hope i can be strong enough to endure longer trip like korga and stuff!
thanx babe..!!! mesti boleh...!!! :)
Post a Comment