Tiada apa untuk di tatap September ini
moga ini mampoo menjadi pengubat
#aiseh! perasa!!
23 September 2014
26 August 2014
baby Hasya Qaireen Irwan
wiken lepas sempat melawat ahli baru keluarga abang sepupu aku. Alhamdullilah, bertambah lagi umat Muhammad s.a.w. Melihat baby, perasaan nak ada anak sendiri membuakbuak baq hanggg..!!!!
Apapun, selamat melihat dunia fatamorgana baby Hasya Qaireen. Semoga membesar menjadi anak yg berbakti kepada ibu ayah, keluarga dan sesiapa saja.
25 August 2014
I Am A Macha / Aku Melayu - Mat & Macha (layar Tanchap 2014)
semalam sempat berpeleseran di layar tanchap terakhir untuk tahun ini. dalam banyakbanyak performance aku paling suka dan rasanya betulbetul sampai ke hati aku performance dari Mat dan Macha (Ashraf Ishak and Balan Kashmir). Mungkin tiada bahasa bungabunga atau bahasa langit ke7 yg di gunapakai dalam lontaran kata mereka. dan aku dapat rasa, kejujuran dalam kata mereka. wahh!!!!
13 August 2014
Amy_Zati dah Tunang
Mereka berdarah manis katanya. Mogamoga impian kalian mendirikan rumahtangga di permudahkanNya. Dan Mogamoga kalian tabah dengan apa jua yg bakal kalian tempuhi nanti.
Selamat bertunang adik!!! selamat datang ke keluarga besar kami zati.
12 August 2014
lampu ajaib
cemburu dengan wujud adanya kita
Moga selamanya akan kekal pegun begitu
azam di telor
selamat bertambah usia juga selamat panjang umor kawan!!
moga kau akan lebih bahagia dengan pertambahan usia ini!! Moga segala yg baikbaik akan mengiringi kau bukan saja untuk tahun baru hidup kau tapi untuk selamnya. ^.^
11 August 2014
01 August 2014
Mogamoga
Dalam dua tahun terbelakang ni..susah betul mood raya nak menjengah. Persiapan raya lebih kepada adikadik dan makabah.
Entah, mungkin sesuatu yg di tunggu tak pernah nak kunjung tiba
Mogamoga tahun yg akan datang semangat hari raya aku akan datang bagai obor sukan komenwel di glasgow.
Dan mogamoga tahuntahun mendatang semangat raya aku akan datang tepat pada masa dan waktunya.
Mogamoga!!!
22 July 2014
sentimental value
Pergi mampos dengan sentimental value kau
pergi jalan dengan segala kenangan kau
apa kau pikir ada manusia lain yang kisah!!!
pergi jalan dengan segala kenangan kau
apa kau pikir ada manusia lain yang kisah!!!
17 July 2014
Bukak puasa @teratak abang jaar
dah semacam acara wajib plak, duk mencari tempat persingghan buka puasa tahun ni. kali ni kami di rumah abang jaar. kalau sebelum ni di rumah mat G kami ubat acara portluck *rumah azam lain cerita la kan sebab dia beristeri* kami di beri pesanan awal supaya tidak membawa apaapa juadah. Tak sangka kami berpeluang merasa air tangan abang jaar. hailaaaaaa...memang terangkat la kan.
makanmakan sambil duk membahan sesama kawankawan yg susah nak berkumpul macam ni memang peluang baik bagi aku. Lepaklepak, makanmakan sambil membahan kami berlarutan sehingga jam hampir seblas malam. memandagkan tuan rumah tak reti nak menghalau kami paham sendiri tuk angkat kaki pulang ke pangkal jalan.
malam esok teringin pulak nak rasa berkuka di rumah bujang abang AziziRaef. Hasrat terpendam itu aku suarakan pada ahli rombongan yg lain. dan tentunya mendapat respon yg baik dari yg lainlain. Cuma nya agak nampak keberatan di sambut tuan badan. Selepas digoda dipujuk rayu dan dengan sedikit ayatayat shentap...akhirnyaaa...wohaaaaaaaa...berjaya..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































