21 March 2014

water rafting @Gopeng

Water Rafting!! dah lama rasa teruja nak melakukan aktiviti air yg satu ni, Syukur di beri peluang dan ruang. Keterujaan aku berlangsung dengan kelewatan aku melaporkan diri pada hari kejadian. Haissshhhhhhhh apa la malang fengsan xsedar2.

Sebelom di lepaskan melawa arus di sungai, kami di beri sedikit taklimat dan penerangan untuk melepasi halangan. Dari situ tau la aku sedikit sebanyak tentang asas berkaitan sukan air ini. kami di beritahu apa yg perlu dilakukan bila ketua bot mengeluarkan arahanarahan asas. "Backward" "Forward" "Bumbum" "On the job" "high 5" dan apa yg perlu kami lalkukan sekiranya terjatuh.

Aku teruja menanti Spot Rafting down jugak big rapid dalam program ni. NAmun apakan daya, memandangkan event ini di lakukan taim musum agak kemarau, maka spot2 menggoncang hati tu agak kurang. Tapi bagi aku pengalaman pertama melakukan sendiri aktiviti rafting ni dah cukup mengujakan.

 
 

sungguh!!!! sukan air ini membuat aku sangat teruja. Dan aku yakin akan ada kesinambungan dari siri di Gopeng ini.

19 March 2014

syukur

Takdir tak selalu seiring
semoga DIA lucutkan selimut halimunanku
biar telanjang
semua terang

13 March 2014

Gunung Hitam

Peluang mendaki Gununggunung rare ni memang selalu aku nantikan. Dan bila BKG dok up event ke Gunung Hitam memang aku bercitacita akan menyertai mereka. Mana taknya G. Hitam antara gunung2 tak pernah aku dengar namanya pun seblom ni. 

Pada aku gunung Hitam punya tahap kesukaran yang luar biasa. Trail yang mencanak dari permulaan trek memang tak bagi discount langsung. Kalau ada yang pernah ke Gunung Peninjau akan kata Kedua trek ini punya tahap kesukaran dan Trail yg hampir sama. dan aku setuju. Trail lutut ke dagu ditambah dengan trail yg takde pemijak (sila bayangkan trail yg bila trun korang boleh slide)

Trail hazab mencabar mental tadi di bayar hanya dengan bayangan pokokpokok di keliling puncak. Tiada view menarik yg ada di puncak. yang ada cuma kami dan penghuni penghuni gunung Hitam. Walau xde view superb aku tetap puas berjaya ke puncak Gunung.


Rugi kalau Nuang kau dah khatam 12x, dan ke Hitam langsung tak pernah. Trail mencabar luarbiasa akan menjadi mudah dengan adanya semangat yang selalu korang bawak tipa kali menggunung. segala semangat...!!! percayalah...!!!

#bukan semangat ghaib tu la..haissshhhhh...!!!

05 March 2014

Selamat hari Jadi Hazem!!!

 


Memandangkan ini jemputan tibatiba, takde la hadiah rendarenda dari KAKAK buat hazem. mana taknya aku di ajak oleh si bapak hanya beberapa minit  seblom lilin di tiup. Seperti biasa hanya doa yg aku tingggalkan semoga kau sihat berpanjangan jugak menjadi Soleh seperti harapan abah dan umi kau.

terima kasih jugak abe sekeluarga sebab ingat aku untuk setiap acara keluarga kau. semoga kau di beri rezki yang bergandaganda kelak.


#aku tau ada sedang jeles dari jarak dekat kerana muka kau tak terselit. =P

03 March 2014

Meneroka Gua Ulu Tamu

Ni cerita pasal trip santai mak jemah meneroka gua Ulu Tamu dulu. Memandangkan meneroka Gua ni antara aktiviti outdoor yang tak pernah aku cuba seblom ni, aku sedikit teruja dengan TerUpnya event oleh  OWA ni. Awal2 lagi aku dah mengesahkan kehadiran aku.

Pada aku meneroka Gua juga menjanjikan keseronokan dan cabaran tersendiri. Walau hanya meneroka gua cabara2nya jangan kita ambil mudah.Air Deras, batuan licin, laluan sempit, laluan merangkak, laluan memenajat antara cabaran2 yg aku lalu di Gua Ulu Tamu haru tu. Tu belum lagi masuk bab, kesejukan melampau kat dalam tu.


Teruja rasanya nak meneroka khazanah Gua Batu Maloi pulak nanti. Rugi kalau tempat paling tinggi dan paling dalam kau dah sampai tapi meneroka gua kau belom mencuba. Ayuh..!!!! =D




25 February 2014

deep!!!

katanya, cemburu pada sesuatu yg tak realistik itu siasia.

dan itu deep!!!

24 February 2014

Boling jemputan vs Amanah Ikhtiar

Ini cerita pasal jemputagn perlawanan boling dengan AIM dulu. Kiranya kami berempat antara wakil terbaik Antarbandar yang telah dipilih atas dasar syok sendiri. wohaaa!!! Aku hanya mengesahkan kehadiran hanya sehari sebelom perlawanan berlangsung. 

Berbekalkan semangat kesukanan serta keinginan nak menang, kami gagahkan diri membawa nama syarikat, mewakili Antarabandar menyertai perlawanan boling anjuran AIM ini.

 
alas perut sebelom berentap katanya. tak menang tak tau la nak kata apa ^.^

 

Dari 9 kumpulan yang bertanding kami di tangga teratas. see!! told ya! kami antara yg terbaik di Antarabandar. Sebenarnya, Azam & Mat G je penyumbang kepada kecempiyenan team kami. Kalau mereka ke laut, ke laut jugak lah team ni.Walaupun hanya membawa semangat kesukanan serta nak menang yang tinggi, tak sangka kemenangan berpihak juga akhirnya pada kami team Antarabandar. wohaaa!!! 

apapun terima kasih daun keladi AIM kerana menjemput kami memeriahkan majlis meraikan Bos mereka yang bakal berhijrah. dan mogamoga ada jemputan seterusnya dari AIM lagi. ^.^

14 February 2014

Cerita MakeyMakey

Ini cerita makanmakan CNY hari tu. Sebenarnya kami duk selalu tanye Abe bila nak buat makanmakan lagi. Memandangkan dia rajin duk masakmasak dan panggil kami untuk makan apa yg di masak. Masa telah di set dan entah macamana tetiba terdatang idea tuk buat Potluck. selaku ketua rombongan aku duk pepandai mengagihkan sape yg kena bawak apa. hehehehehehe..gila kuasa jap.

Syukur segala perancangan berjalan dengan baik dan takde yg duk tarik muka cz tak setuju dengan apa yg dirancang. dan aktiviti pembakaran terbuka pun bermula.


Apapun terima kasih daun keladi tuan rumah. Tolongla jgn serik ngajak kami makanmakan lagi. ajak kami kompem settle semua hal. Terima kasih jugak kawankawan yang mai memeriahkan suasana jugak membawa segala macam makanan yg alahaaiiii menggoda nafsu. Nantinanti kalau ada time kita gathering lagi.

#Duk tunggu undangan housewarming kat Bukit Jalail...agakagak bila lah yerrr.... ^.^

01 February 2014

Februari

bulan baru muncul lagi
dan ini bulan februari
mari lari
tinggalkan segala daki

29 January 2014

nasek kawen Nurul-Zahrin

Cuti Thaipusam tu hari berkesempatan ke Kuantan meraikan hari bahgia teman serumah aku. tak sangka dah kawen makcik sorang ni. Lepas ni payah lah nak ajak lelepak sama dah. ye la dah kena mintak izin kan.

Apapun aku sentiasa doakan, semoga janji sehidup semati korang akan di permudahkan. Selamat pengantin baru sahabat.!!!
am waiting for my groom
Loner? i'm not! 

10 January 2014

bangun

biar aku terus berjalan
walau tak mampu berlari
sekurangkurangnya
aku tetap move on

06 January 2014

ber new year di tabur east


memanjat bukit tabur di waktu malam hari memang susuatu yg mengujakan. Kalau ada yg kata kami menempah maut, silakan. pada aku, risiko ada di manamana, yang penting hatihati setiap masa. keadaan trail yang pada aku bercerun curam, memang memerlukan kau berjagajaga dan berwaspada. Dan memandangkan bukit tabur antara bukit yang menjadi buah mulut yang kerap menyebabkan kecelakaan dan kematian, kami memanjat dengan penuh hatihati.

Misi kami memanjat bukit tabur sambil menyaksikan pemandangan malam tahun baru dari sudut yang berbeza. memandangkan kami bermula agak lewat dek kerana jammed luarbiasa di MRR2 maka misi menyaksikan pancutan juga taburan bunga api dari puncak tabur adalah mustahil. Tapi di pertengahan jalan kami sempat menyaksikan simbahan bunga api di langit Kuala Lumnpur. Jadilahhhh

Kalau dulu aku berkesempatan ke puncak West, kali ni aku berpeluang menakluk puncak east. Pada aku tahap kesukarannya berada pada takuk yang sama dan punya daya penarik tersendiri. berpeluang menyaksikan kehadiran mentari di puncak tabur merupakan satu momen yang pada aku sangat priceless.!!! SUMPAH..!! segalagalanya priceless di sini.

# semalam ada lagi kes kecelakaan di tabur west. alahaiiiii... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...