kenapa dulu boleh sekarang tak boleh
kenapa dulu lain skarang jadi lain
kenapa dulu selalu ada sekarang hilang entah ke mana
aku jadi bingung mencari penjelasan
bila ditanya, segan katanya
sebab tu aku kata aku lagi suka dulu
kita tak silu meluahkan apa saja
kita 'ada' tak kira masa
25 April 2013
23 April 2013
biskut kapal terbang
sabtu hari tu tetiba tekak trasa nak makan biskut nostalgia, biskut zaman hingusan, biskut kapal terbang. sampai ada yang melebal aku runaway for secret marriage coz tetiba tringin. sampai ke Sabak Bernam mencarik biskut rare ni. gigih kau kan! mujur jugak jumpa walaupun rasanya dah tak umppphhh macam dulu.
Tringat dulu, Abah rajin beli biskut ni buat kami adik beradik tiap kali ada duit lebih lepas potong buah sawit. Zaman tu tak sama macam sekarang, nak makan biskut ni pun kena ada taimnya...memandangkan punya anak hampir sedozen, abah ajar kami hidup berkongsi. segala2nya yang boleh dikongsi. Syukur....segalanya bermula dari zaman kanak2.
#sumpah aku rindu childhood, aku rindu 90's...
18 April 2013
bebas
aku lagi suka dulu
bebas berbicara tentang apa saja
aku lagi suka dulu
bebas meluakan apa saja
dan
aku lebih suka dulu
kerana kini aku xbisa bebas seperti dulu
#bukan tak redho..sekadar meluahkan apa yang aku rasa
bebas berbicara tentang apa saja
aku lagi suka dulu
bebas meluakan apa saja
dan
aku lebih suka dulu
kerana kini aku xbisa bebas seperti dulu
#bukan tak redho..sekadar meluahkan apa yang aku rasa
12 April 2013
kalah sebelum berjuang
Kenapa memikirkan kekalahan sedang kau belum berjuang. Selagi kau tak mencuba selagi tu kau takkan tau hasilnya. Tipikal pertandingan akan ada yg menang dan kalah. kalaupun kau kalah sekurang-kurangnya, kau dah cuba yang terbaik. Dan kalau kemenangan berpihak, ia satu bonus yg pastinya akan kau kenang selamanya.
Tapi kenapa kau takut berjuang, sedang garis penamat begitu hampir. Kenapa kau takut mencuba sedang semuanya hanya didepan mata. Kenapa kau takut menamatkan perjuangan sedang semuanya sudah bermula.
Bukan mudah untuk mengubah persepsi yang dah sebati dalam diri. kau yang memilih samada untuk terus berjuang atau sekadar melihat perjuangan orang lain. Semuanya pilihan kau!
09 April 2013
29 March 2013
kadang-kadang
aku lupa kadang-kadang tanpa sedar aku telah menyakiti
aku juga lupa kadang kadang tanpa sedar meraka telah mengkhianati
sudahnya....
entah untuk berapa kali kadang kadang bila aku sedar
semuanya menjadi siasia
aku juga lupa kadang kadang tanpa sedar meraka telah mengkhianati
sudahnya....
entah untuk berapa kali kadang kadang bila aku sedar
semuanya menjadi siasia
22 March 2013
anak kecil
langit masih mendung seperti semalam....sama
anak kecil itu juga masih tersenyum seperti selalu
tidak sedarkah anak itu sebenarnya
di sebalik senyuman itu terselit kegembiraan si taghut!!!
#sudahlah.....mohon agar kau tundukkan egomu untuk segaris saja!
anak kecil itu juga masih tersenyum seperti selalu
tidak sedarkah anak itu sebenarnya
di sebalik senyuman itu terselit kegembiraan si taghut!!!
#sudahlah.....mohon agar kau tundukkan egomu untuk segaris saja!
19 March 2013
15 March 2013
Rindu
12 March 2013
CE Annual Dinner [Movies & Cartoon Nite 2012]
Menjadi lumrah setiap kali annual dinner
mmg aku akan lari tajuk sikit bab berpesen. Dinner anjuran dan jemputan
customer pun aku tetap dgn hal aku. jadi kenapa!!!! Kami sampai tepat pada waktunya tetapi ramai tetamu dah membanjiri ruang legar Hotel Vistana KL nih. Itupun setelah jenuh mencari dimanakah longitude serta magnitudenya Hotel nih.
Siapa sangka, mereka yg aku biasa aku jumpa atas urusan formal, aku temukan di sini dari sudut yang sangat berbeza. Di sini mereka menunjukkan siapa diri mereka yang sebenarnya di dunia luar. Ya! mereka sangat sporting dan suportif.
Kebanyakanya tak
mau kalah dalam mengayakan karektor masing-masing. dan pada aku antara yang paling mencuri tumpuan itu
taim mungkin Sang Zorro & Si Jack Sparrow. wow!! curtlas kau jah. (y)
Apapun, terima ksih daus keladi next taim jemput lah lagi. ^.^
Andai
mereka menilai dari apa yang mereka lihat. Andai kata kalau mereka berada di sini, di kerusi yang sekarang aku henyak saban waktu, penilaian mereka akan samakah dgn apa yang mereka nilaikan sekarang. Apa mereka Tuhan, menghukum aku tanpa sebarang perbicaraan.
#mungkin aku juga kadang-kadang seperti mereka, menilai secara membabi buta. Menilai tanpa usul periksa.
08 March 2013
akif dah 2 taun
Cepat betul masa berlalu. Akif dah masuk 2 tahun tapi rasanya aku masih macam ni. xde yang berubah. Ok! ni bukan entry pasal aku, tapi nak cerita pasal si bufday boy. Tak ada yg lebih bermakna selain permintaan kami padaNYA supaya akif sihat selalu. Dan, somoga akif dipanjangkan umur dan menjadi lelaki kebanggaan keluarga hendaknya. kami sayang akif ketat2!! ^.^
01 March 2013
nasek kawen Abg n Sue
cerita kawen nih dah agak berkurun
sebenarnya, dan terasa baru hari ni nak mengkongsi kat sini. Sumpah aku
cakap Abg sangat kacak hari tuh. Dengan busana sedondon putih bersih
menyerlah kan lagi seri pengantin mereka.
Apapun, selamat Pengantin baru buat Jamali Fazli Jamaluddin yang kami panggil abang dan isteri Sitti Suaiba. Semoga diberkati dan berbahagia sampai mati hendaknya. ^.^
21 February 2013
diam
satu tengah hari
Di satu ruang lantai dunia
jauh.... namun sangat dekat denganku
ya..!!! sudut itu dinamakan kenangan
gadis itu diam, sedang bertafakur
memuhasabah diri mencari kekurangan
berharap supaya hati yang jauh itu akan mendekat
Di satu ruang lantai dunia
jauh.... namun sangat dekat denganku
ya..!!! sudut itu dinamakan kenangan
gadis itu diam, sedang bertafakur
memuhasabah diri mencari kekurangan
berharap supaya hati yang jauh itu akan mendekat
20 February 2013
cerita kawen Kak Ila N Kaloi
"Mereka kata, mereka tak sempurna. Ketidaksempurnaan mereka melangkapi sehingga mereka jadi sempurna. meski hanya bagi mereka berdua. Somoga ALLAH yang maha sempurna menilai kesempurnaan mereka."
-unknown-
Semoga perkahwinan yg dibina kekal selamanya...amin ^.^
19 February 2013
menjalajah Pulau Orang Utan, Bukit Merah
cuti raya Cina lepas kami sekeluarga berpeluang untuk kesekian kali nya menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown. Sebenarnya ke BMLT ni tak termasuk dalam agenda kami pun, yg mana plan asalnya mau ke kenduri kawen kak Ila je. Entah macamana abg sulong aku duk Plan p sana. yang kami2 ni polo ajher lah.
Sebenarnya since dulu2 memang tiap kali balik Selama kami akan singgah kat tasik Bukit Merah ni. Dulu segala mak nenek Laketown ke hape memang xde. kami berenti mmg semata2 nak lihat air tasik. Dan sekarang macam2 dah ada kat sini.
Teringat Percutian 6 Tahun lepas kami di sini dulu, yg mana adik aku si busuk tu hampir2 hilang mencari toilet punyer hal. Mujur jugak terjumpa dgn org budiman yg membatu taim tu. hailaaaaaa...demam2 jugak la adik aku tu gara2 peristiwa tu.
Memandangkan ini percutian tidak dirancang, kami decide untuk naik bot
meronda sekitar kawasan Tasik. so, kami memilih untuk ke Pulau orang
utan. Nama pun pulau Orang Utan kan. so, mmg kami disajikan dgn Orang
Utan je la kan. dari sekecik2 OU hinggalah ke sebesar2 OU.
Mike, paling otai & katanya dia seberat 110kg menyamai kekuatan 10org lelaki dewasa.
14 February 2013
Farewell C'Nor
Hari tu sempat meraikan C'Nor sempena hari terakhir perkhidmatannya di Antarabandar. Meraikan bukan bermakna kami bergumbira dgn ketidaannya tapi bergembira dgn penghijrahannya ke tempat yg lebih baik dan sekadar ingatan kami mengenangkan c'Nor antara 'HOT STUFF' kat Antarabandar nih.
Walaupun meraikan C'Nor dalam majlis yg serba sederhana, aku yakin ia meninggalkan kesan yang bukan sedikit pada kami semua. Pasti lepas ni takkan ada lagi suara2 halilintar seakan tertelan speaker system saban waktu mengejar artwork atau membebel tak tentu hala. ---> matilahhhhhhhh :P
Apapun doa kami semoga C'Nor lebih bergembira di tempat baru dan moga maju jaya serta success dlm apa jugak bidang. Jangan pulak lupakan kami2 yg pastinya lebih Hot dari kamu kat cn. ^.^
07 February 2013
tarikan A05/A06/A90 di PB1M
Macam selalu, pesta buku memang aku nanti2kan saban tahun. Tapi kali ni memang sangat berbeza dgn tahun2 sebelum ni. Kalau sebelum ni memang novel chinta klise menjadi tumpuan aku setiap kali tibanya pesta buku, tapi tidak kali ini. Kiranya ini kali pertama aku ke pesta buku sebagai peminat tegar buku2 'haluan kiri'.
Berbekalkan kertas kuning berupa senarai buku yang akan aku grab, aku melangkah penuh semangat namun tetap ayu mencari amplitud serta magnitudnya kedudukan sebenar booth2 ohsem yang ada diantara mereka katanya memberi T-shirt percuma bg setiap pembelian RM 100 ke atas.
Kami hanya mengambil masa kurang 1jam untuk tour kami pada PB1M hari tuh. dah hasilnya. nahhhhhhh...lumayan bukan! aku bukan sajer dapat T-shirt percuma malah dapat juga beg2 ohsem dari mereka.
Percayalah kata aku, tak rugi kadang2 berbelanja pada sesuatu yg menjadi kegilaan kita dan mungkin akan menjadi kebanggaan anak cucu kita kelak.! ----> M0TIP! ^.^
05 February 2013
Jibrel masuk wad!
Maghrib semalam dapat call mengatakan anak buah bongsu aku admitted sebab demam HFMD - Hand Foot Mouth Disease. hah! HF... what? rupanya penyakit tangan kaki dan mulut.
Kesian, katanya, 2hari jugak jibrel xmau makan dan mnum gara2 mulutnya penuh dgn ulser. Dan semalam masa aku melawat mereka, jibrel dah nak mnum skit2 itupun dgn sudu. Sedih melihatkan baby yg sebelum ni debab dah susut dgn cemerlang.
Abang D cakap kemungkinan besar Jibrel akan di tahan selama seminggu di sana. Terpancar keserabutan pada muka Abg sulung aku nih. Ku pikirkan dia juga di serang virus Demam selesama, rupanya dah 2hari tak dapat tidor gara2 melayan ragam jibrel.
Budak debab ni tetap lasak walaupun tiub air melekat kat tangan. Aku sentiasa doa supaya Jibrel cepat sembuh dan riang macam selalu...serta dilindungi dari semua sudut. amin....:|
31 January 2013
mereka berdarah manis katanya!
Selamat bertunang sahabat
Doa kami sentiasa mengiringi
Semoga hasrat dipermudahkanNYA
juga kekal abadi selamanya
Subscribe to:
Posts (Atom)

































