25 June 2013
22 June 2013
aku pulangkan
ini aku pulangkan
sesuatu yang kau wariskan
sesuatu yang kau tinggalkan
ini juga aku pulangkan
semoga nanti tiada lagi aku
sesuatu yang kau wariskan
sesuatu yang kau tinggalkan
ini juga aku pulangkan
semoga nanti tiada lagi aku
14 June 2013
13 June 2013
Mission 7 to 11 : GerahBilahBieh
Memandangkan ini trip pertama aku untuk tahun ni, prasaan berdebar luar biasa memang aku dah rasa sepanjang minggu sebelum mendaki. mana taknya, tiada sebarang aktiviti pecah lemak yang aku buat sepanjang minggu sebelum tu. naknak pulak aku hanya mengkonfemkan kehadiran 3hari sebelum trip. Kiranya ini cubaan berani mati aku.
Syukur...walaupun ini trip tangkap muat, tiada sebarang kecederaan luar biasa yg menimpa. Apa yg aku boleh kata, GBB memang terbaek!! Trail pangok yg giler panjang, trek belumut yg phewwwww...sejuk mata memandang. Trail rentas2 sungai, balak tumbang dan banyak lagi lah. Tu belum masuk bab OT lagi tuh.
Pada aku Trail GBB sangat berbeza dari mana2 gunung yang pernah aku daki sebelum ni. Trail GBB sayup dan panjang. Sampai satu tahap, walaupun bukan trail membunuh, mental dan pewai akan muncul dengan sendiri. Mungkin sebab bosan duk hadap trek yang sama atau duk asyik pk bila la trail ni nak abis.
Syukur, semua dapat keluar seperti masa yang telah dirancang tanpa sebarang kecelakaan serius. Misi kami seterusnya kembali ke pangkal jalan, ke ketamadunan, menikmati makanan kegemaran sambil mengingati kenangan 4hari kami di GBB.
31 May 2013
cuti-cuti perhentian #Flying Fox
Kalau dulu aku just memandang ajher tiap kali ada mana2 insan yang mencuba sukan ni. Tapi sangat tak sangker aku dapat rasainya sendiri di sini. Asalnya Flying Fox ni tak termasuk pun dalam pakej percutian kami. Terima kasih pakcik penjaga chalet yang memberi kami peluang yg aku kira giler ossem ni.
Walaupun sebenarnya Flying Fox kat sana xde la panjang n tinggi mana, tapi pada aku ia satu permulaan yg sangat baik buat aku. Pengalaman pertama terbang seperti kelawar memang sangat hebat pada aku. mana taknya aku boleh lihat seisi pulau 'on the fox eyes' gitu.
Mujur kat mana2 jugak sebanranya ada peluang untuk aku terbang seperti kalawar. Bila rindu mau bikin aksi kelawar carik saja mana2 tempat yg menyediakan sukan2 extreme cenggini. pasti ada. Tapi kena carik geng jugak la kan, baru best.. agak2 le aku nak terbang sengsorang kan!!! tapi mana la tau datang sawan gila aku.!!!!!
cuti-cuti perhentian #Snorkelling
Pengalaman pertama kali terapung di tengah laut dalam memang begitu mengujakan. Sumpah aku kata, ia sangat superb.!!! Tapi berbeza pulak bagi mereka yang jenis kelamkabut. Pengalaman mengujakana ini akan bertukar menjadi mencemaskan. Percaayalah. jadi bagi yang tak tau berenanng mcm aku keywordnya jangan panik hocayy.
Sebenarnya, sebelom yakin bersnorkellingdi laut dalam, petang sebelomnya kami duk practice sakan di turtle beach yang lebih kurang 10 minit berjalan dari chalet kami. Amatur la katakan. Tapi sayang, memandangkan memasing xde keberanian nak snorkel sampai ke tengah, jadi memang kami langsung xberpeluang mengintai penyu. Tapi, pemandangan di bawah sana tetap superb!!!! Di sini terasa sedikit cemburu dengan divers dan swimmers. Pasti mereka dapat melihat lebih dari apa yg aku dapat. :'(
Esoknya kami dibawa merasa bersnorkel sebenar di tengah laut. Abg driver bot dan uma si mat perancis banyak membantu kami melihat pemandangan2 indah kat bawah sana. selain mengejar spesis2 laut yg giler ossem.
Bayangkan kau berpeluang mengejar penyu, nemo, shark dan macam2 lagi jenis hidupan laut yang selama ni kau berpeluang nampak di layar perak ajher. Ni belom masuk bab batu karang, tiram dan macam2 lagi jenis hidupan kat bawah sana.
Kiranya tak sia2 percutian 3H2M aku di sana. macam2 aktiviti2 baru yang aku cuba. Tapi terasa sedikit kerugian kerana aku tak pandai berenanag. Memang akan berbaloi2 kalau dapat berenang sendirian sambil mengejar penyu. hailaaaa...
#Terima Kasih Tuhan mengirimkan aku malaikat kecil yang sangat ossem. ^.^
Cuti-Cuti Perhentian #windmill
Percutian yang awalnya aku berbolak-balik untuk turut serta berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah. Lepas ajher usaha mencarik nemo katanya, kami tak lepaskan peluang meredah hutan untuk sampai ke puncak windmill. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1jam sangat terasa bagi kami yang amatur. Kiranya ini acara pecah lemak pertama aku untuk tahun ni.
Sesampai ajher ke puncak windmill kepenatan 1jam mendaki tadi terbang entah ke mana. sumpah!!! Damn great.!!! Tengok!!
![]() |
| fefiling Kota Belanda gitu..^. |
Memandangkan hari dah semakin petang dan kami tak prepare untuk berjalan malam, hasrat untuk meneruskan perjalanan ke 'Long Beach' terpaksa kami kuburkan. nampakya next time memang harus ke sini lagi.
Untuk kamu, kamu dan kamu yang ingin kan ketenangan, kat sini memang tempatnya. jauh dari segalanya.
30 May 2013
Hari aku mati
aku memilih untuk berhenti berharap
memilih untuk berhenti mengejar
malah aku nekad berhenti berusaha
aku berhenti berbuat apa apa
diam...bisu
23 May 2013
Hijau
dia sedang melambai indah
lalu aku beri senyuman paling menawan
aku tahu dan mereka juga tahu
yang dia takkan pernah menghampakan
merdu suaranya...harum baunya
dingin hembusannya....keindahan wajahnya
bisa menghadirkan perasaan indah
mampu menghilang segala resah
aku berbangga melewati dada dan tubuh indahmu
aku jadi bahagia akan menginjak ke puncakmu
lalu aku beri senyuman paling menawan
aku tahu dan mereka juga tahu
yang dia takkan pernah menghampakan
merdu suaranya...harum baunya
dingin hembusannya....keindahan wajahnya
bisa menghadirkan perasaan indah
mampu menghilang segala resah
aku berbangga melewati dada dan tubuh indahmu
aku jadi bahagia akan menginjak ke puncakmu
22 May 2013
kalau aku tiada
nanti kalau aku tiada
ingat hari ni
hari aku selalu senyum
hari aku selalu ketawa
nanti esok kalau aku tiada
ingat aku dalam setiap doa2 kau
ingat hari ni
hari aku selalu senyum
hari aku selalu ketawa
nanti esok kalau aku tiada
ingat aku dalam setiap doa2 kau
10 May 2013
tunggu aku
09 May 2013
Siri JalajahLejenFixi @ KLIBF
Pesta buku? memang aku takkan lepas peluang. kali ni juga tetap mesih begitu. berbekalkan sedikit uwang serta senarai buku yang bakal di grab, kami berjalan tak segan mencari kedudukan booth buku2 yg kami idami.
memandangkan hari tuh cuti umum, memang agak crowded lah PWTC time tuh. nak memilih buku pun agak xberapa nak best. mujur jugak dah siap list down buku2 yg aku nak. tapi bagus jugak pegi time 2 ramai org nih, cz aku just ambik buku2 yang aku dah list kan saja. memang xde chance nak belek buku2 lain. ^.^
Lihat hasilnya, lumayan bukan...!!! bukan saja dapat berkenalan plus berposing sakan ngan penulis2 hebat, dapat jugak memiliki novel2 rare mereka. tapi tatau plak bila aku nak menghabiskan semua buku2 nih plus ada beberapa buah lagi buku lama yang belum aku langsaikan.
Atas dasar membaca jambatan ilmu, buang semua perasaan malas. lets baca kawan2.. ^.^
Selamat Panjang Umur Adik
Rupanya ramai insan kesayangan aku lahir di bulan May ni. Buat Amer dan Ayem yang yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 10 dan 13 May nanti, kakak ucapkan selamat hari lahir in advanced yer. Semoga menjadi anak kebanggaan keluarga hendaknya.
Memandangkan aku takkan berada di kampung pada tarik keramat mereka, jadi aku putuskan untuk meraikan mereka sabtu lepas. awalnya aku hanya ingin membelikan mereka hadiah saja. tapi memandangkan memasing jual mahal ala2 drama melayu petang2 gitu. aku putuskan untuk memberikan meraka kek hari jadi saja. Huntung punya adik yang tak pandai meminta2 itu ini yang pada mereka lebih baik di belanjakan pada bende2 yang lebih berfaedah. cehhhh!!!! ^.^
Apapun aku sentiasa berdoa mereka di beri kesihatan yang baik, kejayaan dalam apa jua bidang. SELAMAT HARI LAHIR IN ADVANCED YER ADIK2 KU ^.^
#berkira2 untuk membuat kejutan untuk hari lahir emak 26 mei nant.
08 May 2013
gelap
aku tersedar
dalam gelap aku mencari arah
aku lihat ada cahaya
tapi seakan hilang kala aku hampir
Rupanya cahaya itu yang sentiasa mengekori
katanya, dia sentiasa dan akan terus di situ
tapi kenapa dia menghilang kala aku menghampiri
atau mungkin kornea ku yang gagal berfungsi
dalam gelap aku mencari arah
aku lihat ada cahaya
tapi seakan hilang kala aku hampir
Rupanya cahaya itu yang sentiasa mengekori
katanya, dia sentiasa dan akan terus di situ
tapi kenapa dia menghilang kala aku menghampiri
atau mungkin kornea ku yang gagal berfungsi
01 May 2013
arjuna dah setahun
hari ni, dah genap setahun arjuna...
dalam masa setahun ni dah 2 kali dia tercedera... haila
tu lah padahnya kalau tak hati2. cuai.
Bila dah genap setahun maknanya roadtax insuran pun kena renew
maksudnya duit. duit. duit
mujur bulan ni bulan rezki lebih
Apapun, selamat ulangtahun Arjuna
Moga di beri kesihatan yg baik untuk meneruskan bakti ^.^
dalam masa setahun ni dah 2 kali dia tercedera... haila
tu lah padahnya kalau tak hati2. cuai.
Bila dah genap setahun maknanya roadtax insuran pun kena renew
maksudnya duit. duit. duit
mujur bulan ni bulan rezki lebih
Apapun, selamat ulangtahun Arjuna
Moga di beri kesihatan yg baik untuk meneruskan bakti ^.^
Subscribe to:
Posts (Atom)




































