20 December 2012

gelisah

 

sejak pagi tadi, tak tau kenapa. hati rasa gelisah semacam. macama ada yang tak kena. jadi perjalanan hari khamis ku 20.12.2012 [baru prasan date ni 2012] berlangsung dgn gelisahnya. orang kata, sesuatu yg buruk bakal melanda. aku  positif kan minda. TUHAN...ampunkan aku andai dalam gelisah membuat aku keliru.

~astagfirullahalazim..

19 December 2012

satu peringatan


Satu persatu berita tentangnya menyinggah. Amat memilukan. tak kurang juga seakan satu kejutan kerana tiada sebarang petanda. DIA tahu segalanya. DIA lah yang memberi kehidupan juga berhak mematikan. Buat sahabat, semoga kau tabah dgn pemergian orang kesayanganmu. Buat Saudaraku, semoga kau juga kuat dgn kematian anak terchinta mu. semoga kalian tenang di sana.

Al-Fatihah


13 December 2012

Lost World of Tambun

rasanya mmg dah lama giler tak cuti2 bersama keluarga. So, setelah di setting awal, akhirnya hasrat coti2 keluarga ni kesampaian jugak itupun kurang sorang ahli dek kekangan kerja katanya.

Destinasi kami ke lost wold of Tambun berakhir dgn heavennya. seblom hari kejadian memang duk meng google lah apa yg best tentang LWOT nih. Rasanya seharian kat sana belum tentu boleh habis segala mak nenek pakej yg disediakan.

Hari tu aku just berkesempatan melawat zoo, main gelongsor air yg pergghhhhhhh...jerit tak hengat, naik buaian gantung yg sumpah namanya aku tak tau dan dah tentulah main rendam2 kaki kat kolam2 yg ada.

Abahmak kata rugi aku tak ke teambuilding park, yang mereka nampak semasa naik shuttle ke seluruh theme park ni. katanya kat sana ada disediakan aktiviti ekstrem yg kompem berbaloi2.

Ya Allah, aku cemburu!



















Sering kisah semalam datang menjengah
puas ku padam ceritanya
namun peritnya sukar di lupa
pengalaman berada jauh dr redhaMU
membuat aku sangat derita  

Ya Allah, aku malu
aku jugak cemburu!
Aku cemburu pada mereka
yang jalan hidupnya sntiasa dalam redhaMU

Great weekend spending time with family

Sumpah aku kata
hidupku takkan sempurna tanpa mereka
Sumpah aku kata
hidupku takkan bermakna tanpa mereka

12 December 2012

Ke Pekan Frinjan

Jumaat lepas, pertama kali menjejakkan kaki ke Pekan Frinjan. Pekan Frinjan memang ohsem lg heaven OK! Sebenarnya teruja sangat nak ke Pekan ni. 1st tyme kata. hehehehehe. Teringin sangat nak tau macam mana rupanya Pekan Frinjan nie.. ok bila sampai sana, pekan ni takdelah besar mana, pengunjungnya jugak tak delah sampai kau susah nak bergerak. Tapi apa yang cuba disampaikan cukup bermakna.

Katanya, Pekan Frinjan ni merupakan acara bulanan yang menyatukan muzik, puisi teater, fesyen, aktivisme, buku dan macammacam lagi lahhh.


Hari tuh sempat lah aku meng-grab 'Lari dari  syurga' dgn satu zine 'mungkin'. Lepas baca 'Mungkin', tetiba pulak aku terjatuh chinta dgn zine...Sumpah.!! aku rasa penulisan zine lebih jujur walaupun ia hanya dicetak diatas buku nota sekolah rendah. Pada aku ia tetap luar biasa. 

03 December 2012

sebuah catatan akhir tahun

 















Melewati angka angka yg telah pergi di hujung kalender
Penuh dgn rasa. Bahagia, kecewa, hampa, suka dan Duka
Yang indah pasti diabadikan sebagai kenangan
Namun, segala kesedihan dan kekecewaan
jadikan sebagai panduan melalui hidup kelak.

semoga hari hari mendatang akan lebih cerah sinarnya dari semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...