Bolehkan kalau aku menangis?
walaupun kata mereka aku akan nampak lemah
dan aku hanya menampakkan yang aku lemah
itu kata mereka
kerana yang aku tahu
aku hanya ingin menangis
Apa salahnya kalau aku menangis?
Andai airmata ini saja yang mampu menghilangkan resah
andai airmata ini saja mampu mengembalikan kekuatan
andai dgn air mata saja mampu memberi ketenangan
Ya KHALIK
bolehkah kalau aku menangis? Bolehkah kalau aku kecewa???
kerana aku yakin di saat aku sedang menangis kecewa
KAU akan datang membelai dan memujukku
kerana KAU tak pernah jauh...KAU sentiasa ada






