06 April 2012

Trans Yong Belar-Charlie-3 Bounderies

berbekalkan pengalaman yang ala2 senipis kulit bawang ni, aku kuatkan semangat aku untuk menawan puncak ke3 tertinggi kat semenanjung nih. Kami seramai 33peserta memulakan perjalanan untuk menawan puncak Yong belar selewat jam 10pg.

Sedikit taklimat dan warming-up juga meminta perlindungan dariNya sebelum memulakan langkah. abg Go-Go kata perjalanan hari pertama kami memakan masa hampir 10jam. Aku berkira2 sendiri...owhhh...kompem2 OT hari nih...

gambaran awal trek kami tuk 3hari ni. Puncak YB - Charlie Pondok - 3bounderies - 6040

'morning kiss'.. awal2 trek dah dapat tangga hazab nihh...:)

the trek

haaa...salur paip ni bikin psiko, jugak bikin tahap kesabaran berada di tahap paling rendah

tanda sempadan: aku di kelantan kau di pahang

tak payah nak bajet hot sangat lah MB!!! hanya kerana kao di apit si jelitawan!!

1st water source kami...take5 jap...jauh lagi perjalanan nih..:)

Lebih kurang jam 6ptg aku n my trekking buddy hari tuh dah sampai kat kem terakhir kami. kem kasut. mengikut kata go-go, kami perlu menunggu geng2 sweeper di sini. ok Mode sejuk tahap maksima dah mai kat sini. kat puncak mmg kompem gigil lah kan. so dalam pkul 815mlm kami gerak ke puncak YB. owwhh...jalan slow2..dannnnn...fuhhhhhhhhhhhhhh legaaaaa, sampai jugak akhirnya lebih kurang 1030malam.

superrbbb..!!

macam over the sea kan..!!! superb !!

misi kami di hari ke-2 menapak ke kem gurkha. kata abg go-go perjalanan kami hari ni memakan masa lebih kurang dalam 6-7jam. alhmadulillah semua peserta tak kene OT hari ni....syukur sangat. kumpulan terakhir sampai lebih kurang jam 630ptg. Tapi ada plak crita xbest pasal kem nih yg kluar kat sini. oowhhh scary giler sampai xbleh tidur aku dibuatya.

makcik2 kantin merangkap chef paling hebat alaf ini.. trima kasih kakak2 grad....sedap kome masak..

cabaran hari terakhir kami. hari ni kami perlu merentas charlie pondok, 3 bounderies, puncak 6040 dan BVD. Abg go-go kata lagi untuk ke sekian kalinya, hari terakhir kami agak santai kalau nak dibandingkan dgn hari2 sebelum ni...katanya lahh...


korang boleh pilih nak berada di negeri mana...samada pahang, perak atau kelantan...:)

kakak2 grad..!! owhh tahniah korang...dah grad seben series..:D

Alhamdulillah trip YB kali nih berjalan dgn baik tanpa apa2 kecelakan. Syukur semuanya berjalan lancar. Bertambah lagi koleksi seben series aku. bukan untuk bertanding cuma sekadar mencari kepuasan diri.

Terima kasih buat kalian kesemua peserta yg menjadikan impian aku menawan puncak YB menjadi nyata. Setiap kali trn gunung kompem akan rindu moment2 pada kehidupan tak bertamadun tuh meluap2...serius..!!! sungguh luar biasakan.

27 March 2012

siri jelajah johor : air hitam

menjejakkan kaki buat julung kalinya di pekan air hitam membuatkan aku hampir sawan. mujur jugak aku tiada apa2 kegilaan untuk membeli itu taim. macham2 ada di sini...dah macam ASTRO plak..!! dari buah-buahan, kerepek2, mainan kanak2, alat perhiasan rumah, nak carik bear, carik barang hantaran kawen pun kat sinilah tempatnya.

misi kami hari tu hanya untuk mencari elmo si kak ai, tapi entah macamana macam2 pulak yg aku grab. tak pe lah kan... bukan senang dapat mai sini. next taim tak tau bila pulak dapat mai. tapi aku mmg dah menanam azam nak bawak mak-abah mai sini. nak tengok pulak macamana pulak 'seronoknya' beliau nanti..hehehehehe

Dek kerana misi kami mau mencari elmo si kak ai, boleh dikatakan setiap kedai menjual patung kami masuk. mujur jugak aku bukanlah penchinta tegar bende2 macam tuh. kalau tak mmg ranap jugak lah aku. Tp aku tatau plak Din sdg meng-usha sesuatu untuk istri yg ditinggalkan kesorangan di kota batu sana. so suweiiitttttttt lah ko din. musti su terharu gilakbabi.

muka ajhe ganazz dlm hati ada taman bunga rupanya pakcik buldozeer ni... teristemewa untuk isteriku terchinta katanya >.<'

azam kata nak carik brng2 kawen kat sini nnt.... senang idup katanya, xpayah susah2 p alaska --> eh! SUKAHATI aku la nak sebut ceruk negara mana pun:P

ossem sekali anak dara pacik ishak yg sorang ni :)

tengok2, perot sape paling bhoolattttt...:D

owwhhhh, dah macam makcik2 felda kome...:D

dah penat berjalan, penat menghoyan, penat bersoping dan berposing di sini, kami menghoyan pulak ke destinasi seterusnya yg aku sendiri tak pasti duduk letak gratitude serta magnitude nya. Owwhhhh, Demmmm apakah tetiba plak kereta azam terasa sempit...hailaaaa, apakah yg korang telah lakukan ni....soping sakan nampak...!!!

siri jelajah johor : Kluang RailCoffe

Kluang RailCoffee. Kalau sebelum ni aku hanya mendengar tentang KRC dari mereka2 yg pernah ke sana. Tapi kali ni, aku dapat nikmati sendiri kelazatan sebenar Kopi dan Bun nya. dari hasil penggugelan aku, tak sangker rupanya kedai kopi ni dah wujud sejak taun 1938 lagi...owhhh...dah 74 tawun occayyyy..!!!!

dan baru ku tahu kenapa sebenarnya dia di namakan railCoffe. Kerana kedudukannya yg betul2 bersebelahan dgn railway. Rasanya kalau tgh2 syok2 duk menyedut kopi ais sambil di temani bunyi keterapi sdg meluncur mesti mmg sangat heaven lah saat tu.. :)

Kata azam menu wajib kalau ke sini adalah kopi + kaya bun + telur masak halfway. So, mmg tiga2 menu ni aku bedal. Bagi mereka yg menggemari kopi like a cipan mmg kat sini lah tempatnya. Baunya sajer dah membuat hati saper2 sajer bergelora. heaven..!!!!

KRC yg dorang duk2 sebut2 selama ni sekarang dahpun aku jejaki. esok2 kalau anak cucu tye aku bolehlah eksen crita bahawa aku juga pernah ke sini dulu.

Selain menjejakkan kaki ke KRC, aku sebenarnya menyimpan hasrat --> ececehhh. aku mau mengedix sakan di railway. di atas landasan keretapi occayy!!! dan sejak semalam lagi aku duk ingatkan mereka bahawa aku nak sangat menggedix2 sakan di sana nanti. so dah sampai sini... apalagi.... menggedix mode on..!!! tapi mujur jugak pakcik2 penjaga landasan KTM ni tidak melihat aksi terlampau kami. kalau x, mau jugak kami di hambat dan di rembat. Terima kasih kawan merialisasikan salah satu hajat di hati aku ni...:P



Kiranya walaupun hanya di salah satu daerah kecik di Johor, seharian kami di sana terisi dgn panuh. dan rasanya kalau bagi kami seminggu pun kompem2 akan terisi dgn penuh juga. Cuma persoalannya poket kami terisi dgn penuh jugak kah!!..hehehehehe

owhh...semakin aku google, semakin aku kompius..!!!

23 March 2012

Muhammad Jibrel Darem bin Mohd Affandi


Muhammad Jibrel Darem bin Mohd Affandi, selamat di lahirkan di salam medical centre rabu lepas. Alhamdulliah ibu n baby selamat tanpa apa2 kompilasi. tahniah buat kak muli n abang Di. Dua tiga taun lagi kene lahirkan sorang lagi baby untuk lengkapkan 2 pasang.

Apapun, pastinya kami semua sangat gumbira dgn keharadiran jibrel dalam rantaian keluarga ishak dan mariah. semoga ibu n ayah akan bertambah bahagia dgn kehadiran baby baru ni. somoga jibrel akan menjadi soleh seperti yg ibu ayah harapkan........:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...