23 March 2012

siri jelajah johor : nasik daun pisang

nasik daun pisang bukanlah sejenis nasik yg ala2 nasik goreng kampong atau nasik goreng cina tu. Tapi set nasik yg dihidangkan di atas daun pisang. bukan yg layu, bukan jugak pinggan yg berbentuk daun pisang. ini daun pisang segar occay!!

Memang ni pengalaman pertama aku menikmati keunikan rasa nasik beralaskan daun pisang ni. terasa seperti berada jauh dari ketamadunan. hikhikhik. Kalau diikutkan rasanya sama je kalau makan di pinggan dgn daun pisang ni. Cuma menikmati nasik daun pisang punya Feel tersendiri yg patut di cuba.

Mereka kata, kat bangsar pun ada jugak restoran yg menyajikan nasik beralaskan daun pisang. besok2 kalau agak2 teringin mengembalikan memori daun pisang, boleh jugak melepaskan gian kat sana.

siri jelajah johor : Segamat mencari McDota

Pekan segamat tak banyak beza pun dgn apa yg ada di tg malim. sibuk dgn perbagai macam ragam manusia. asalnya aku plan nak mencari kalau2 ada kain pasang terbayek kat sini. mana la tau ada kain marbeles dgn harga runtuh.

Kiranya Misi aku di Pekan segamat nampaknya hampa kali ni. nak2 pulak si din ngan azam berpaling tadah lepas dapat apa yg mereka hajatkan di pekan segamat nih. Dan pulak sebenarnya din dah ber ura2 nak bawak kami ke pekan segamat 2. tapi jangankan segamat 2, signboard nya pun aku tak berpeluang nak tatap. kalau mengandung kompem2 baby aku ngences..isshkkkkkkk palis!!!

Dek kerana misi aku mencari kain pasang di segamat gagal, misi seterusnya mencari restoran makanan segera mcdota. APAKAH..!!! entah aku sendiri pun takkan tau tentang kewujudan restoran ni kalau aku tak terbaca dalam blog hampeh dulu.

Jenuh jugak la kami memusing satu pekan segamat hanya kerana 'ayam goreng kunyit' nih. Penat berjalan, jenuh mengoogle, tak jugak kami jumpa magnitude serta gratitude sebenar restoran nih. Azam yg seakan putus asa menunjukkan muka hampa. tp orang tua2 kata menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Dan akhirnya kami jumpa jugak restoran nih setelah azam menunjukkan logo ayam McDota di HP canggihnya kpd din...apa ke choii lah korang ni kan...dari td tayang xde la jenuh kita menapak. nampak biasa. Munkin kekurangan promosi membuatkan restoran ni sunyi walaupun dah 30tahun bertapak. Bangunan kedai lama membuatkan aku rasa xmau masuk kalau berjalan sendiri kat sana.


Hoyeeeeiiiiiiiiiiii....eksaited giler kami dapat makan 'ayam goreng Kunyit' tu. ayam goreng biasa tp ada rasa tersendiri yg aku xboleh nak explain. Apakata kalau korang rasa sendiri keunikan rasanya.

siri jelajah johor : bukit kepong

siri jelajahan diteruskan. kali ni kami ke lokasi di mana balai polis bukit kepong zaman perang dunia ke2 dulu bermukim. berdiri di sini mangingatkan aku akan suara2 jins shamsudin dalam cerita bukit kepong yg pernah dimainkan dulu.

tapi sayang seribu kali sayang la, xdapat tour ke dalam balai Polis tuh. Tapi tyme kami menyinggah ke sana mmg ramai jugak yg berhenti melawat BP ni. masing2 berwajah hampa termasuk aku xdapat masuk melihat sendiri apa yg ada kat dalam sana. mungkin penjaga pintu bercuti meraikan majlis perkahwinan saudaranya .


Dek kerana balai polis n tanah kubur bukit kepong ni terletak berdekatan je, sempat jugaklah kami mensedekahkan Al-Fatihah kepada prajurit2 negara yg mempertahankan tanah air 62 tahun dulu. dan2 balik ni aku nak ulang tengok cerita Bukit Kepong. dan tetiba plak aku jadi penchita sejarah m'sia.

siri jelajah johor : labis

menjejakkan kaki ke johor setelah rasanya 11 taun kot tak ke sana. owhh...nostalgia sekali siri penjelajahan kali nih. 2 hari mmg tak cukup nak menhabiskan 1 johor. rasanya kalau bagi seminggu pun belum tentu cukup.

so, siri ke johor kali ni kami mulakan dgn menjelajah pekan labis memenuhi undangan kawan sekampung si din kat sana. sebelum memenuhkan perut kami dgn nasik kawen sempat kami menyinggah ke rumah ayahbonda Din. taksangkeryer (pinjam ayat azam jap) mak din sooo nice.... comel ajher....berbeza plak dgn din si bulldozer. lagi satu, mak din ni penchinta kucing...manyak giler kucing kat umah tu...dah macham pusat peliharaan kucing plak....

dalam rumah din pun korang nak posing...:p

kucing ni comel gilakbabi...aku nak rembat tapi mak din kata : nonono !!! sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan >.<

owwhhh, malu2 plak dia!! aku bukanlah penchinta sejati kucing , tp melihat kucing2 ni buat aku tringat adik2 aku kat kg. krn mereka mmg penchita tegar haiwan peliharaan ni

berlatarbelakangkan rumah-kedai pakcik iskak-makcik noorlida a.k.a makngah

dalam kedai makngah: manyak barang2 nostalgia kat sini...heaven!!!

klasik : ni salah satu drpdnya, oren bodoh

din kata satu lorong ni semua kerabat dia...so, senang klau raya, xpayah travel jejauh..:)

so,misi makan nasik kawen kami diteruskan. kalau kat kg aku, around jam 2-3ptg mmg tyme mengemas khemah. tp berbeza dgn kat cn. jam 2ptg lah tetamu datang menyerang. mana taknya tyme ni jugak lah pengantin mula berarak. so, tyme kami mai mmg tapat waktunya dgn kedatangan pengantin.

makan nasik kawen tyme...amik berkat dulu :)

walaupun perut dah ala2 paras bottle neck, nasik kawen tetap kami bedal

selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...:)

owwhhhh....di akhir cerita baru nak kenalkan makngah n pakcik iskak...terima ksih daun keladi...:)

siap bersantap kami meneruskan misi kami ke destinasi seterusnya. tak sabar aku nak melihat keindahan negeri johor ni...ye ke indah...??? blank jap...apapun aku dapat bayangkan siri kali ni lebih happening dan havoc dgn ter'in'nya mak pinggu katik, azam dan din.

13 March 2012

ajaibnya 7



asalnya ni hanya sembang2 kedai kopi pasal muvi 7petala cinta yg duk azam canang siang tadi. dan aku mula terfikir rupanya banyak lagi keajaiban atau mesterinya nombor 7 ni yang menarik untuk di kongsi.

selain dari 7 petala langit dan bumi yg selalu duk aku sebut, Ummul Khitab jugak mempunyai 7 ayat. Kalimah Syahadat ada 7 perkataan.
Thawaf mengelilingi Ka’bah di Mekah dilakukan sebanyak 7 kali. melontar jamrah menggunakan 7 bijik batu. kita dicipta dengan 7 anggota badan, 7 Pintu syurga dan neraka, 7 Keajaiban dunia, 7 hari dalam seminggu, 7 warna pelangi, 7 jenis air suci.........

Rupanya baru ku tahu betapa misterinya nombor 7 ni. Ni semua rahsia ALLAH kan...macham jugak jodoh...owhhh apakah aku duk sebut pasal jodoh lak ni....stress !!!! 7hari menyintaimu boleh di masukkan dalam list gak tak... !!! ---> owhhh cepuk dahi sederas mungkin. :P

09 March 2012

selamat jd suami..

picca yg aku curik dari FB si Adie

Dia teman zaman kanak2 aku. dia kawan sepermainan aku. dia kawan bergaduh aku dulu. dan dia bakal menamatkan zaman bujangnya esok pagi. buat kamu, selamat menempuh alam rumahtangga. semoga diberkati dan semoga diberi kebaikan buat kamu dan isteri. Selamat pengantin baru in advenced adie & intan :)

07 March 2012

mau ke hutan



tika jari-jemari comel sedang menaip entri ini, aku sedang sangat berhajat nak berpeleseran dengan alam yg bernama hutan dan gunung ganang. dgn ertikata lain aku sangap nak meneroka alam yg satu ni. seyes aku sangat rindu bau hutan.

aku bukanlah seorang pendaki tegar tapi aku adalah seorang pencinta setia alam hijau ini. walau sesibuk mana aku meneruskan hidup di 'hutan batu penuh lumpur' ini, aku akan pastikan masa senggang aku terisi untuk meneroka alam yg satu nih.

pada hutan, aku sangat rinduuuuu...rindu untuk meneroka dadamu, rindu mencium aroma semulajadimu, rindu irama yg kau tak jemu mainkan tika kami berada di dadamu dan aku sangat rindu semuanya tentangmu.

untuk itu aku akan mencari masa untuk menikmatinya. Oowhhh, pastinya sangat mengujakan. hutan hijau, bunyi burung dan unggas pastinya memukau.

owwhhh.....tunggu aku tau!!!!

05 March 2012

APAKAH !!!!

ini ada satu kisah, kisah yg aku rasa nak angkat jari tengah on the spot. tapi memikirkan yg bercakap tu 'orang besar' di antarabandar aku hanya mampu bagi senyuman. owh, aku ke yg sgt sensitip lately nih...rasa nya tak...tapi kalau persoalan macam ni yg di lemparkan pada korang...apa yg korang pk..???

okay, sebenarnya sebelum ni aku & the gang penah jugak di nasihatkan agar behave sesama rakan sekerja. okay.. itu tak pa.. noted..!! tapi tergelak besar aku, bila ada yg kata aku ber-scandal lak dgn si papan lapis nih. Mungkin kami dilihat selalu berkepit, jadi mereka2 yg buta hati merumuskan kami mempunyai hubungan terlarang...owhh...apakah!!! dan aku tau mmg tipikal orang2 kat sini. huh!!!

sebenarnya aku boleh je terima apa jugak kata2 org pasal bende2 macam nih. dari dulu mmg aku dah pk pasal semua2 ni. tapi bila masuk part nasihat2 percuma aku rasa macam lain. sebab nasihat2 tu ada unsur2 yg aku sendiri ssh nak tafsirkan. seyes..!!! katanya 'baik2 dia tu laki org..ko tu anak dara..xmanis..' lagi dasyat sempat lak bg nasihat ni: 'men can lose nothing, women can lose everything'...hello..!!! kalau setakat lunch sesama, lelepak ngeteh sesama, makan semeja dan yg segala mak nenek sesama yg kami buat selalunya akan di temani ABclix lain, ko nak kua statement macam tu...!!! talk to my hand lah!! owhh aku xsampai hati nak kuakan ayat tuh sebenarnya. apa yg aku mampu cakap terima kasih banyak2.

dan sampai sekarang aku tak dapat tangkap apa rasionalnya mereka menasihatkan aku agar jangan terlalu rapat dgn sapa2 sajer terutama nya lelaki di antarabandar nih. atau mungkin ada RULES baru yg aku tak tau kat antarabandar nih. owwhhh....tambah stress aku macam nih..!!!!

29 February 2012

Mia cepat sembuh yer!!

Mak kata Damia Aisya di tahan dalam wad lewat malam semalam kerana penyakit berjangkit yg mak sendiri tak pasti nak huraikan. mak kata lagi, banyak air yg terpaksa di bekalkan ke dalam badan anak dara comel ni. owh, kesian kan...kesian jugak mak kat kampung yg aku pasti risau gilakbabi. aku dgr suaranya semalam pun tau yg Mak tgh bersedih hati.

ni picca raya dulu...Mia berusaha keras nak angkat tgn buat peace... >.<

Petang ni baru nak p melawat Mia kat Hopsital Salam. Harap2 semuanya akan okey... Aku doakan anak buah aku yg sorang ni cepat sembuh dan ceria macam selalu. Cepat baik yer mia kami semua sayang mia tau...Kamu, kamu dan kamu....tolong doakan mia cepat sembuh jugak.

23 February 2012

Kuciwa

ini entry tentang rasa. rasa kecewa dan frust gilakbabi. aku yakin semua org pun penah kecewa macam aku kan.... tapi ini bukan kecewa tentang cinta. tapi ini rasa kecewa dalam apa jugak yang berlaku. apa sajer.!!! event idea tak mai2 pun mampo membuat aku kecewa petala ke-7.

Banyak sangat benda-benda xbest yang berlaku dalam hidup aku ini. Sumpah aku sedang sangat kecewa.. arrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....kerana apa!!! kerana mendengar janji2 palsu mereka.

sisi putih aku selalu berkata, berhenti kecewa! nikmatilah hidup sepuas2nya. Rasa kecewa dgn apa yg kita tak mampo miliki hanya menghancurkan apa jugak yg sedang kita miliki. bersyukurlah---> ocay, ini klise. namun sisi hitam selalu memberontak menghasilkan suatu perasaan benci yang sungguh luar biasa.--> ini bikin aku lagi stress...;((

22 February 2012

The voice2-The blind audition

ini cerita tentang The voice2-The blind audition. kalau nak di ikutkan aku bukan lah follower setia since season 1 dulu. tatau kenapa aku tertengok n terjatuh cinta plak ngan rancangan nih. so, setiap rabu mmg aku akan ambik peluang balik awl tuk menyaksikan rancangan yg dah pun menjadi rancangan peveret aku nih. :P

Rasanya hari ni minggu ke-3 blind audition ni akan berlangsung. Rancangan ala2 vokal bukan sekadar rupa nih di adili oleh Adam Levine jejaka bertatu si ossem, Blake Shelton yg mengingatkan aku pada pakcik senyum (cz muka dia sweet sgt), Christina Aguilera si Barbie doll dan CeeLo Green si jejaka cermin. licin je...:P

setakat ni aku teruja menyaksikan Jermaine Paul penyanyi latar alicia keys tu. dia menyanyi dgn gayanya yang tersendiri. dan menjadikan lagu complicated sbgai lagunya sendiri. teruja aku melihat dia hari tuh. Dia menjadi rebutan CeeLo Green dan Blake Shelton. tapi Pilihan Jermaine pastinya #TeamBlake. All the best yer..:)



Dan
Angel Taylor, gadis kulit Hitam ni punya aura tersendiri. Pada aku dia berjaya membawakan lagu adele dgn gayanya yg tersendiri. Dengan vokal yang punya aura dan style serta penuh emosi . walaupun di awal nyanyian agak ke laut jugak lah. nebes katanya. Kiranya aku ter'in' dalam nyanyiannya :D dan dia menjadi rebutan si jejaka ossem, si jejaka senyum dan si jejaka cermin. dan pilihan Angel #TeamAdam...


Pastinya aku takkan ketinggalan menyaksikan siaran nih. bukan sajer untuk menyaksikan bakat2 terpemdam di negara org putih tapi jugak untuk melihatAdam si jejaka ossem pujaan aku tuh :)

sumber : youtube

si Jelita Vs jejaka Bidak

sumber Google

Ini bukan cerita dongeng zaman kanak2 kita dulu, tapi ini realiti kehidupan. selalu kita nampak lelaki xbrapa nak ossem berkepit ngan awek perrgghhhhhh sekali pandang mmg boleh tangkap cintan la. tak kurang jugak sebaliknya. Dan pada aku Kisah ‘Beauty and The Beast’ boleh dikaitkan dengan kisah cinta realiti zaman internet nih.

Selalunya apa korang punya 1st impression bila terlihat situasi macam nih. apa yg membuatkan si jelita sanggup mengenepikan rupa paras pasangannya. sanggup jugak menadah telinga menahan kata2 org sekeliling. Aku!! outomatik aku akan kata : Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dah jodoh dia...Okeyy jawapan klise !!! sebenarnya aku akan kata : mesti si jejaka punya poket yang tebal, anak dato' ke bla bla bla....

Tapi sebenarnya Cantik dan kacak tu sesuatu yang subjektif kan.!! mungkin pada mata aku si jejaka nampak terlalu kacak lagi ossem namun tak semua punya pandangan yg sama kerana citarasa masing2 adalah berbeza. blum.gif

tapi jelita, kacak atau jelik...itu bukanlah ukuran sebenar...yang penting kita serasi dan boleh in dgn pasangan kita. kacak atau jelita tak menjanjikan kebahagian okey!! cukuplah si dia sejuk mata memandang. tak perlu jelita dan kacak di mata org lain, cukuplah jelita dan kacak di mata pasangan masing2. --> klise lagi biggrin.gif

atas sebab ni lah, org selalu duk kata, cinta itu buta walaupun cinta tu tak bermata. wub.gif

14 February 2012

Adele - ''Someone Like You''

sumpah!!! aku bukan lah peminat tegar si adele ni apatah lagi bukan jugak org yg fanatik gilakbabi terhadap muzik. tapi ada something dalam lagu ni yg membuatkan aku rasa nak dengar dan terus mendengar lagu nih. mungkin jugak cerita yg cuba adale sampaikan cepat sampai ke hati aku.

1st taim aku dengar lagu ni dulu. masa tengah pewai gilakbabi turun dari puncak tahan. terus jatuh cinta...hahahaha.

1st para lagu ni ajhe dah menusuk kalbu. so mmg kene dgr sampai habis la kan

'I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.'

so layan lagu sudahhh...tak yah nak kenangkan sangat lah cerita2 lama. sume tuh ambik sebagai panduan untuk kita terus bertahan....chillllll :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...