08 January 2025

GEN BETA

Dari baby boomers ke gen X, Y & Z

Alpha dan sekarang Beta

esokesok entah apa pula 

22 November 2024

angka

Dulu di usia lapanbelas

aku kira menjadi tigapuluh  itu terlalu tua

semakin bertambah usia 

aku kira empat puluh itu terlalu tua 

sekarang

aku benarbenar di landasan usia empat puluhan

ada yang lebih besar menanti

aku lebih memikir tentang 

diri dan keluarga

bukan lagi usia

kerana ia hanya angka

09 May 2023

rindu 2.0

usai berbicara dengan teman lama

teman sependakian duludulu

buat aku rindu 

rindu masa aku mampu pikul haversack 

sambil layan dada alam

arrrggghhh

aku rindu

rinduuuuuuu



19 April 2023

penghujung ramadhon

Ramadhan dah sampai ke penghujungnya

semoga bertemu lagi ramadhon yang akan datang

dengan catatan yang lebih indah


23 March 2023

ramadhan karem 1444

marhaban ya ramadhan

semoga hari-hari di ramadhan ini adalah harihari yang dirahmati dan diredhoi

selamat datang ramadhan yang mulia!

ingatkan aku andai aku terleka

07 March 2023

pertama kali

Pertama kali

perasaanya bercampur campur

excited, nervous, sedikit sedih, happy 

macam macam rasa

bercampur jadi satu

mogamoga 

semuanya yang indah buat Puteri ku!

 

01 March 2023

RINDU

pernah tak tiba-tiba rindu

rindu nak hiking lagi macam duludulu

rindu nak buat macam-macam kerja gila macam duludulu

rindu nak boleh berlari tigapat round macam duludulu

pendek kata.... arrrhhhhh rinduuuuuuuu 

dua kosong dua tiga

cepat je masa berlalu

masih sama

semoga hari-hari yang bakal tiba seindah drama korea

saranghaeyo!!

10 March 2022

perintah berkurung

perintah berkurung sedang berjalan dan telah memasuki hari ke lima. doakan aku baik-baik saje yer. dan semoga wabak corona ini tuhan angkat dari mukabumi secepatnya.

09 March 2022

ingin kembali

Terasa ingin kembali
setelah kian lama menyepi
banyak yang aku ingin kongsi


26 May 2017

Penghujung sya'aban

Di penghujung sya'aban 1438
masih sama
pergi kerja
balik kerja
isnin ke ahad
pagi ke malam
tiada beza

moga ramadhan yang bakal tiba
menjanjikan sesuatu yang berbeza
Selamat tinggal sementara Syaaban yang mulia
Selamat datang Ramadhan yang penuh Berakah

24 March 2017

Buku lagu

Zaman kanak kanak kau tak cukup colour kalau kau tak de buku lagu atau buku biodata ni. aku ingat zaman aku dulu je yang main buku lagu buku biodata ni. Zaman anak buah aku yang lahir pasca melinium ni pun ada ok. Siap ada buku fesyen lagi. mujur ajher bukan buku resepi. Aku nak mintak copy la kalau ada jugak.

Otak terus melayang kezaman kanak-kanak aku saat melihat buku lagu anak buah aku ni. Mana taknya, aku pun ada buku sama macam ni jugak dulu. Zamanzaman kumpulan feminin exist 4U2C spin nana tangah top taim tu. dalam buku lagu aku memang penuh lagulagu diorang ajher la. Siap ada acahacah band sebab minat giler dengan exist dulu. sekarang kawan acahacah band dulu semua dah jadi mak. kenangan betol ^.^

09 March 2017

Tabura Food Junction

Jauh makan malam aku malam tadi. Macam Shah Alam Subang dah xde tempat makan hipstur yang sampai Wangsa Maju kau suggest. Aku pun on ajher la dah nanti kalau mintak aku yang bg tempat takde aidea lak nak ke mana. Layan kan ajher la. Lagi pun bukan selalu. sesekali ubah angin apa salahnya kan. 

Menunggu order nak sampai macam tunggu durian belakang rumah nak luruh. mak aihhhh...naik cramp perut tahan lapar. Sampai je order depan mata terus sambar. Masingmasing senyap menikmati hidangan. nak sgt kan!!! ^.^

Cubalah.!!
 

19 February 2017

Mini gathering gadis semasa @Rizqin Steamboat & Grill

Gathering kecilkecilan penghuni 090507 dulu. Tanpa Dayah dan Ani memandangkan masingmasing sibuk ber anak Kecik. Rasanya last gathering macam ni tiga tahun dulu kot. Kalau di kira jarung jarak yang memisahkan keberadaan kami boleh je nak gathering harihari. Tapi dek kekangan masa yang tak penah nak cukup, walau dekat mana pun tetap susah nak berkumpul. Maklum la sebahagian kami dah ber title ibu dah isteri.

Kali ni gathering kami di Rizqin steamboat. First time cuba tempat ni. OK la dengan harga yang di tawarkan. Susah nak jumpa steamboat & grill dengan harga kurang RM 20 kan sekarang ni. 

Apapun selamat maju jaya untuk kawankawan semua..ada masa kita bergathering lagi. Mana tau lepas ni perancangan ke Pulau Kapas di perkenan kan Nya. In Sya Allah :)

17 February 2017

JOKI

Dah semua nak ber'joki'
Agakagak joki apa paling laku keras lepas ni

aku tertunggutunggu 'joki' Maki
boleh kirim kan makian tru orang tengah
aku tulis teks makian
kau makikan untuk aku

10 February 2017

Kerabu sare

First time makan apatah lagi tengok. Only in Klantan ni. Sempat juga bertanyakan orang tempatan di situ, katanya kerabu sare ni atau nama lainnya kerabu rumpai, makanan wajib jumpa taimtaim keramaian macam kenduri kendara.

Rasanya boleh di terima tekak. sedap juga. Kalau korang berkesempatan ke negeri Cik mek Molek jangan lupa carik kerabu ni. 

Asah reket jumaat malam


Sekarang aku dah ada aktiviti tetap malam sabtu setiap minggu. At least takde la malammalam aku duk baring ajher mengalahkan OKU kat rumah. Sebenarnya, aktiviti ni anjuran sukasuka kawankawan opis Iza. Bukan nak tengok skill pukulan atau smash sape paling power pun. saje sukasuka bakar lemaklemak tepu tu sikitsikit. mana tau esokesok boleh kurus.

Mujur jugak genggeng Iza ni otaknya merengmereng belaka. takde la aku segan segan ayam main dengan diorang ni.  Pukul ajher taim bola tangkis mai mengjengah.

Meh doakan aku istiqomah je laaa... ^.^ 

31 December 2016

menjelang dua kosong satu tujuh


Sempena 2016 yang akhirnya hari ini. Azam! Ohhh...tetap takada...cuma harapan semoga harihari yang bakal tiba akan lebih baik dari semalamsemalam yang dah berlalu dan mogamoga apa juga rencanarencana yang dah tersusun atur bakal menjadi nyata.

Selamat tinggal selamanya dua kosong satu enam
dan Selamat datang lembaran baru dua kosong satu tujuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...