21 February 2013

diam

satu tengah hari
Di satu ruang lantai dunia
jauh.... namun sangat dekat denganku
ya..!!! sudut itu dinamakan kenangan
gadis itu diam, sedang bertafakur
memuhasabah diri mencari kekurangan
berharap supaya hati yang jauh itu akan mendekat


20 February 2013

cerita kawen Kak Ila N Kaloi

 
"Mereka kata, mereka tak sempurna. Ketidaksempurnaan mereka melangkapi sehingga mereka jadi sempurna. meski hanya bagi mereka berdua. Somoga ALLAH yang maha sempurna menilai kesempurnaan mereka." 
 
-unknown-

Semoga perkahwinan yg dibina kekal selamanya...amin ^.^

19 February 2013

menjalajah Pulau Orang Utan, Bukit Merah

cuti raya Cina lepas kami sekeluarga berpeluang untuk kesekian kali nya menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown. Sebenarnya ke BMLT ni tak termasuk dalam agenda kami pun, yg mana plan asalnya mau ke kenduri kawen kak Ila je. Entah macamana abg sulong aku duk Plan p sana. yang kami2 ni polo ajher lah.

Sebenarnya since dulu2 memang tiap kali balik Selama kami akan singgah kat tasik Bukit Merah ni. Dulu segala mak nenek Laketown ke hape memang xde. kami berenti mmg semata2 nak lihat air tasik. Dan sekarang macam2 dah ada kat sini. 

Teringat Percutian 6 Tahun lepas kami di sini dulu, yg mana adik aku si busuk tu hampir2 hilang mencari toilet punyer hal.  Mujur jugak terjumpa dgn org budiman yg membatu taim tu. hailaaaaaa...demam2 jugak la adik aku tu gara2 peristiwa tu.


Memandangkan ini percutian tidak dirancang, kami decide untuk naik bot meronda sekitar kawasan Tasik. so, kami memilih untuk ke Pulau orang utan. Nama pun pulau Orang Utan kan. so, mmg kami disajikan dgn Orang Utan je la kan. dari sekecik2 OU hinggalah ke sebesar2 OU.
Mike, paling otai & katanya dia seberat 110kg menyamai kekuatan 10org lelaki  dewasa.

Walaupun ianya percutian yg tak dirancang kami tetap pulang dengan perasaan yg happy. Bukan happy gilak babi kerana dapat melihat Mike, tapi happy krn sekali lg berpeluang meluangkan masa bersama.

14 February 2013

Farewell C'Nor


Hari tu sempat meraikan C'Nor sempena hari terakhir perkhidmatannya di Antarabandar. Meraikan bukan bermakna kami bergumbira dgn ketidaannya tapi bergembira dgn penghijrahannya ke tempat yg lebih baik dan sekadar ingatan kami mengenangkan c'Nor antara 'HOT STUFF' kat Antarabandar nih.
 
Walaupun meraikan C'Nor dalam majlis yg serba sederhana, aku yakin ia meninggalkan kesan yang bukan sedikit pada kami semua.  Pasti lepas ni takkan ada lagi suara2 halilintar seakan tertelan speaker system saban waktu mengejar artwork atau membebel tak tentu hala. ---> matilahhhhhhhh :P






Apapun doa kami semoga C'Nor lebih bergembira di tempat baru dan moga maju jaya serta success dlm apa jugak bidang. Jangan pulak lupakan kami2 yg pastinya lebih Hot dari kamu kat cn. ^.^

07 February 2013

tarikan A05/A06/A90 di PB1M

Macam selalu, pesta buku memang aku nanti2kan saban tahun. Tapi kali ni memang sangat berbeza dgn tahun2 sebelum ni.  Kalau sebelum ni memang novel chinta klise menjadi tumpuan aku setiap kali tibanya pesta buku, tapi tidak kali ini. Kiranya ini kali pertama aku ke pesta buku sebagai peminat tegar buku2 'haluan kiri'.

Berbekalkan kertas kuning berupa senarai buku yang akan aku grab, aku melangkah penuh semangat namun tetap ayu mencari amplitud serta magnitudnya kedudukan sebenar booth2 ohsem yang ada diantara mereka katanya memberi T-shirt percuma bg setiap pembelian RM 100 ke atas.



Kami hanya mengambil masa kurang 1jam untuk tour kami pada PB1M hari tuh. dah hasilnya. nahhhhhhh...lumayan bukan! aku bukan sajer dapat T-shirt percuma malah dapat juga beg2 ohsem dari mereka.

Percayalah kata aku, tak rugi kadang2 berbelanja pada sesuatu yg menjadi kegilaan kita dan mungkin akan menjadi kebanggaan anak cucu kita kelak.! ----> M0TIP! ^.^


05 February 2013

Jibrel masuk wad!

Maghrib semalam dapat call mengatakan anak buah bongsu aku admitted sebab demam HFMD - Hand Foot Mouth Disease. hah! HF... what? rupanya penyakit tangan kaki dan mulut.

Kesian, katanya, 2hari jugak jibrel xmau makan dan mnum gara2 mulutnya penuh dgn ulser. Dan semalam masa aku melawat mereka, jibrel dah nak mnum skit2 itupun  dgn sudu. Sedih melihatkan baby  yg sebelum ni debab dah susut dgn cemerlang.


Abang D cakap kemungkinan besar Jibrel akan di tahan selama seminggu di sana. Terpancar keserabutan pada muka Abg sulung aku nih. Ku pikirkan dia juga di serang virus Demam selesama, rupanya dah 2hari tak dapat tidor gara2 melayan ragam jibrel.

Budak debab ni tetap lasak walaupun tiub air melekat kat tangan. Aku sentiasa doa supaya Jibrel cepat sembuh dan riang  macam selalu...serta dilindungi dari semua sudut. amin....:|

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...