30 May 2012

kenaboi adventure race

Ahad lepas aku berpeluang menyertai Keneboi Adventure Race 2012 kat kg. Chennah Jelebu N9. sebenarnya aku tak pernah terpikir pun nak join aktiviti endurance macam nih..ni pun last minit punyer decision. Bayang kan dgn xde training dan jogging aku main redah jer ke race ni...


Sudahnya aku sendiri yang pewai..tu lah...nak sangat kan...!!! Tapi at least aku ada sedikit pengalaman dan pengajaran kalau nak join aktiviti2 macam nih. Race ni bukan ajher tertumpu pada larian semata2 tetapi banyak aktiviti2 menarik yang di masukkan sekali dalam race ni. antaranya ada caving, abseiling, tubing dan ada jugak task2 menarik seperti main boling padang, menari, menyumpit dan macam2 lagi.

Apapun tahniah pada semua peserta yag berjaya menamatkan aktiviti ni. Dan aku mula memasang angan2 tuk menyertai Keneboi Adventure Race lagi tahun depan kalau ada peluang dan aku akan pastikan yang aku akan ready bukan sajher dari segi fizikal tapi jugak mental, supaya tak terkandas macam kali ni lagi...

ini cerita tentang 'crayon'!

ini cerita tentang crayon...cerita tentang kehidupan, cerita tentang rasa. apa kene mengenanya kaler yg bermacam jenis ni dgn kehidupan??? unggu, merah, biru, kuning, jingga, kelabu event hitam. Dan kalau diberi pilihan aku ingin menjadi crayon pepel, tegas namun penuh kasih sayang ----> euuuuuuwww...!

Dan sebenarnya dah menjadi lumrah hidup, kita hanya akan menggunakan warna2 ceria penuh warnawarni untuk mewarnakan 'lukisan' kita kan...??? Pastinya aku jugak akan mengunakan warna2 yg punyer daya penarik atau dgn kata lain yg ossem2 sajer pada perkiraan mata aku. tapi sedar tak kita, sebenarnya hidup kita jugak memerlukan warna2 suram, kelabu dan gelap jugak.

Cuba pandang hari2 kita sendiri. kita xselalunya akan ketawa kan....!!! kita akan ketawa dan kadang2 akan menangis jugak!!! Hidup kita penuh dgn suka dan duka. Cuba lihat pelangi yg penuh dengan warna2 ceria. tapi sedar tak kita, warna2 ceria ni hanya akan muncul selepas datangnya suasana gelap dan suram.!

Hidup takkan selamanya berwarna ceria....andai suatu masa hidup kita dilanda gelita, ingatlah DIA sentiasa bersama kita...!!!

'aku mungkin bukan antara 'crayon' yang menyerlah atau mungkin bukan 'crayon' terbaik, atau aku mungkin bukan 'crayon' pilihan siapa2, tapi sekurang2nya i'm still in the box.'

29 May 2012

Yazid Burger

kalau sebelum ni aku just dengar2 jer pasal cerita berger 1kg ni..tapi kali ni aku berpeluang menikmati sendiri kehebatan berger yang menjadi sebutan nih. pada aku berger Ikg ni mmg special bukan sahjer sebab ianya 1kg, tetapi jugak kerana roti, patty dan sos nya adalah buatan sendiri.

Kalau korang memang fanatik dan taksub giler dengan berger, memang YazidYB lah tempatnya. BTW, kat sini bukan menjual berger 1kg ni ajer, kalau rasa2 xmampu nak abiskan 1kg tu bolehlah mintak yg 500gm atau yg 250gm. tapi kalau nak lagi feel ajaklah geng bas sekolah ke sana dengan memesan berger 1kg ni. kompem puas hati.

Oblong aku dah try, berger sekilo pun aku dah cuba lepasni rasanya nak cuba berger bakar plak. harap2 'skuad melantak antarabandar' pun akan ke sana dengan aku nanti..--> sejak bila lak antarabandar ada skuad melantak!!! motip sangat dorang nak ajak aku !!! :P

22 May 2012

faiza dah konvo!!!!

Ahad lepas aku berpeluang meraikan detik gumbira satu2nya adik perempuan aku. ini bukan cerita kawen lagi yer..!!! ini cerita pasal konvo.Jenuh lah duk asyik cerita pasal kawen ajherr.. hehehehehe
Sebagai kakak budiman musti la aku carik hadiah terbaik abad ini buat adik tersayang aku nih kan...--> kunun...:P. so memang kebetulan kat area Uitm tu banyak giler stall menjual hadiah buat para graduan. Grab ajher lah yg pada mata aku berbalaoi2 dan akan menjadi kenangan terhebat buat pae...huhu


Memandangkan pae dapat sesi yg pertama , dan namanya jugak antara nama yg terawal keluar, so, mmg harus lah aku pun gedix2 nak nengok dier kan. Tapi nak menunggu sehingga graduan yang ke 1,200 ni mmg le hazab nauzubillah.

neway, Tahniah yer pae...!! eh2..! tahniah jugak buat sepupu aku si amy...dah konvo jugak dia. cuma sesinya ajher terawal 3hari dari si pae. Dah ada degree & dah konvo pun korang kan !!! dan sekarang dah merasa alam pekerjaan jugak. lepas ni kene pikir pasal kawen la plak, ada anak2..euuuuuwwww....mesti best kan...hehehehehe...:P

16 May 2012

ini cerita nasik kawen, fatin & mamat

Lagi sorang sepupu aku dah selamat menamatkan zaman bujangnya. kali ni, memang lagi banyaklah soklan cepumas yang memang aku sendiri malas nak jawab dan aku rasa mereka pun dah naik malas nak tanya.

Sebenarnya selain dari seronoknya meraikan si pengantin, majlis ni jugak sebenarnya peluang kami tuk bergosip2 dgn saudara mara yg mmg jarang berjumpa. mana taknya sebahagian daripada makcik pakcik aku menetap di utara tanah air sana. so, tyme2 macam ni lah peluang kami nak berborak sakan.
1st tyme dalam idup aku jadik pengapit orang bersanding. aku plak yg nebes. mana la tau tetiba spoil pulak kan. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. apa pun, buat mamat, selamat datang ke dalam keluarga besar kami dan doa kami semoga ikatan ni akan kekal selamanya...amin..

08 May 2012

semua orang boleh menghakimi

Orang selalu kata jangan kita nilai Buku dgn hanya memandang luaranya sahaja. Kulit tebal dan keras belum tentu dalamanya juga sekental kulitnya. Kulit nipis dan suram belum tentu dalamnya jugak nipis dan sesuram kulitnya.

tapi dalam zaman serba serbi moden nih aku yakin ramai yg berpendapat ketidakrelevananya lagi pepatah ni. Aku menulis apa yg aku rasa. aku sendiri kadang2 menilai apa yg aku nampak di luar ajher.

Dan rasanya tak perlu nak melenting atau tacing bagai kalau ada yg menilai kita sekadar melihat dari pandangan kasar sahaja walaupun pandangan itu kadang2 ada yang tersasar.

Pernah seorang teman memberikan komen atau membuat kesimpulan tentang aku dulu, walaupun baru berkenalan hanya setahun jagung. dan ternyata pandangannya tentang aku, ada benarnya walaupun bukan 100% betul.

Pada aku, mudah untuk kita kelihatan baik dan sempurna di mata orang lain. Lakukan sesuatu supaya orang lain menyukai atau kagum pada kita. Tapi berbaloi ke! kalau sekadar unttuk menarik minat orang lain. pada aku, lebih baik lakukan sesuatu untuk diri kita. tak kisah apa juga pandangan orang lain tentang kita yang penting apa yg ada dalam hati kita, kita tau siapa kita. lakukan sesuatu supaya kita menjadi seseorang yang lebih baik.

04 May 2012

malam penghargaan Antarabandar

malam yg julung2 kalinya diadakan di Antarabandar ni mmg mendapat sambutan hangat di kalangan staf. apa taknya, makan free la katakan. nak2 pulak dgn adanya 3 cabutan bertuah yg mmg dalam kategeri hot stuff tuh. macam biasa no aku selalu xpernah nak naik. apa ke choii lah setiap kali adanya acara cabutan bertuah mmg aku langsung tak bertuah.

Memandangkan hari ni aku cuti, tyme aku mai mmg acara makan2 dah start pun. Dan2 pulak tyme nih En. kereta wat hal lak. mujur jugak ada jejaka ossem mai pick-up aku kat umah. Dgn harapan aku ada chance dapat phone canggih...Tapi hampehhh...:P

walaupun muka aku xde time ni aku tetap gak nak tepek, cz ada mamat bersuara ossem :P

aku suka picca nih. sesuatu sgt...euwwwww---> sambil tgn aku ke dada mata ke langit :p

Acara makan2 ni bukan sahaja tertumpu pada aktiviti makan, makan dan makan tapi ada jugak acara selingan termasuk karaoke, main ping-pong, dart, dan acara wajib iaitu berposing sakan. Warga antarabandar mmg tak pernah kalah kalau bab2 karaoke dan melaram sakan.

Paling best malam penghargaan untuk warga antarabandar kali ni, di cantekkan lagi dgn adanya acara cabutan nombor bertuah. Tapi yg tak bestnya, nombor aku tak pernah nak bertuah. Tak pe xde rezki aku kan. mungkin DIA nk bagi aku yg lagi ossem dari telepon canggih tuh :D

pewwiiittttt.....i minat la dgr suara u. nk otograp bolehh.....:D

en Bos yg sporting. nxt taim nyanyi lagu gadis bertudung putih pulak, pelisssssss :D

ada gaya jagoan kan..! dasat2 org Antarabandar nih...:D


Dah penat makan2, penat berposing,. penat menjoreng kami decide pulang ke pangkal jalan ajhe selepas semuanya selesai. Harap2 acara ni akan jadik acara tahunan kat Antarabandar. Sebab pada aku ia bukan sekadar acara makan2 ajhe, ia lebih daripada itu. Dgn adanya aktiviti yg macam ni sekurang2nya kesetresan bekerja akan berkurangan.

02 May 2012

ini cerita KLIBF 2012



berpeluang menjejakkan kaki di hari pertama pesta buku antarabangsa 2012, pada aku sesuatu giler ossem. bukan apa, kompem hari ni tak berapa ramai orang memandangkan ia jatuh pada hari jumaat, hari bekerja bagi kebanyakan warga kota.

Seawal jam 830pagi gigih aku duk menapak ke stesen komuter menuju ke PWTC. Nebes gilakbabi okey memandangkan dah berkurun rasanya tak menaiki Komuter sendirian. Mujur jugak ada yg baik hati menamani aku di PWTC nanti. kalau tak nebes berganda2 la jawabnya. hikhikhik.

buku2 yg aku sempat rembat --->terasa dh lama xbaca hasil tangan Hlovate..:)

Kalau sebelum ni aku selektif ke booth2 buku yg aku minati sahaja. tapi kali ni rasanya ke semua ceruk stall aku singgah...apa ke choiiilah ikut beliau nih. jenuh aku duk heret segala mak nenek buku yg aku dah grab awal2 td...huh!

Jangan ingat di sana hanya menjual buku2 saja ocay, sebenarnya selain dari buku ada jugak pameran atau galeri ilmu. Sejarah tercetusnya revolusi tulisan kat negara kita nih. selaian dari berbelanja dapat jugak lah kita grab sedikit ilmu kat sana.

memandangkan hari ni penghulu kepada sekalian hari, dan kebetulan pulak Antarabandar ada acara makan2 sempena malam menghargai staff, terpaksa la aku meninggalkan perkarangan PWTC dgn hati dan tangan yg berat.

Pada korang2 yg belum ke sana, apa lagi...jgn lepaskan peluang menyertai karnival tahunan terhebat ni. Rasanya mau aku repeat ke sana lagi wiken ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...