28 October 2011

Sup Urat Keting

semalam lepas penat bermandi-manda di sg tekala kami decide duk pekena sup urat keting pulak kat seksyen 7, Bangi. idea asalnya dari si aidil lah. aku pun agak teruja la gak nak menikmati sup nih. maklumla ni 1st taim aku nak cuba kan...

BTW, Sup UK ni sebenarnya urat betis lembu....ni 1st taim aku rasa...mmg aku xorder pun takut xleh makan je....tapi si azam yg mencabar diri....fear factor katanya...:)rasanya xde la teruk sangat. masih boleh di terima tekak. rasanya macam makan tulang lembut yang agak berlemak2 sikit.

tapi dgr2, satay kat cn demn nice jugak......mmg aku akan repet la gamaknya nanti...tapi entah bila.hehehehehehe....

buat korang yang mmg gila mencari port makan terbaik dan meminati sup...mmg patut la ke sini. macam2 sup ada okey kat sini. sup daging, tulang, ekor, perut, campur selain dari sup Uk nih. korang yang xlayan sup pun jangan le block terus sup UK ni.....boleh try masakan lain lagi okeyy...macam2 pun ada kat cn...

farewell cum birthday si abg botak

cuti raya Deepavali lepas aku and ABClix sempat ber'gathering' mandi-manda di sungai tekala, sambil meraikan moment2 terakhir abg mie kat Antarabandar. haila....tersangat la sedihnya. lagi bermakna (harap2 la) esoknya adalah tarikh lahir abg mie pulak. so kira 2 in 1 lah ni. rasanya tak terlambat aku nak ucap selamat hari lahir buat abg mie, semoga panjang umor + murah rezki dan di berkati selalu.

Dek kerana taim kami sampai tuh metahari dah lama memunculkan diri, mmg payah le nak carik port baeeekkkkk. nak2 pulak taim cuti macam ni kan... so, tibai ajhe la port mana pun. tak kisah la port ceruk mana pun janji memasing enjoy kan..!!??? pas ni mmg entah bila la kan nak gathering lagi ini macam.

pasti kami akan rasa sunyi lepas ni. tak ada lagi org havoc petala ke tujuh menceriakan hari kami. xde lagi org nak belikan aku nasik lemak ngn milo ais tuk bekfes, kompem aku di SM akan 'bisu' n macam ibu kucing baru mati anak. mana taknya, hari2 aku di SM sebelum ni, mmg hanya ada redza n abg mie je....kompem lepas ni makin susah le nak nampak redza si papan lapis tu kat opis....meeting ajhe la memanjang. dah kata bosan duk kat opis...teman 'mengular' nya dah xde....
apapun aku doakan yg baik2 ajhe buat abg mie, mmg sampai sini je rezkinya di Antarabandar. dan rasanya orang2 di penang lebih memerlukan abg nmie dari kami. kami pasti abg mie akan lebih happy kat sana. ye la dekat dengan keluarga tercinta kan. tapi plssssssssssss......keep in touch yea...:)

24 October 2011

Andai itu takddirnya

walaupun buku ni keluaran lama aku baru berpeluang membacanya minggu lepas dan baru 'terada' masa nak hupdate. sebenarnya novel ni di sebut2 antara novel terlaris dan tertangkap leleh oleh segenap pencinta novel sehingga ada yg menjadikannya profil picca di FB. mana tahan kan bila semua org duk cerita pasal novel ni yg aku duk ternganga ajhe.

mmg aku sgt teruja nak membacanya. Teruja nak tahu apa akan jadi kepada rumah tangga Leya dengan Zril. Novel ni bukan sajhe berjaya menggugurkan air mata aku tapi mampu menjadikan mata aku seperti terkena tumbukan padu maut keesokan nya. bukan sbb menangis tapi dek kerana kekurangan tidor yg melampau ---> kaver line beb....mana taknya sampai ke 5pg aku duk layan novel tuh. sudahnya, hambekkkkkkk...

Kalau sebelum ni Novel 'aku yang kau tinggalkan' menduduki carta teratas dalam senarai novel sedih menyayat hati dan paling best yg pernah aku baca, tapi tahkta itu tlah di rampas dgn rakusnya oleh 'andai itu takdirnya'. Di awal chapter aku dah mula menitiska air mata. banyak babak yg bikin aku tacing sendiri.

aku tanak citer lebih2 la pasal novel ni. kalau korang nak tau, mmg wajib baca sendiri. xrugi okey mmg berbaloi-baloi.

19 October 2011

dosa semalam

merenung dada langit yang tenang
membuat aku tercari-cari wajah rembulan
namun di sebalik sinaran bintang yang mempesona
dosa semalam seakan mengejek dan menghina aku

aku masih merenung dada langit
menatap indahnya wajah sang rembulan
bayangan dosa silam kembali ke layar ingatan
Meski telah ku hapus setiap derap langkahmu
tanpa sedar air mata mengalir perlahan
Kekesalan menyentap segenap jiwa

aku masih belum puas meneroka langit
belum puas menatap indahnya wajah rembulan
namun aku selalu berharap agar bintang-bintang
tidak lagi memandang hina ke arahku seperti selalu

17 October 2011

Big Bad Wolf Books Sale

sabtu lepas aku n nurul berkesempatan merewang ke Pesta buku terbesar yang berlangsung di MAEPS, Serdang. aku tau pasal pesta buku ni pun dari opismatez aku si azam. bila azam sebut pasal pesta buku ajhe aku dah bayangkan novel karya Norhayati Berahim, irish ixora, Hlovate...n banyak lagi nama yg xterpikir oleh aku.....tapi aku hampa..!!!!! rupanya buku2 keluaran negara omputih je yg di jual kat situ. dah nama pun The Big Bad Wolf sale kan...

Tapi dah alang2 kan...mana la tau ada buku2 best yg boleh aku grab. Aku bukan ape, kalau novel2 inggeris nih bagi aku 7hari7malam pun belum tentu khatam dapat kat aku...ye la dulu mak anta g skulah suh blajar malas....ni la padahnya....

Dari tempat parkir sampai la ke pintu masuk dewan tu mmg le sesak dgn manusia. kat dalam tuh kompem berlaga bahu berlaga ponggong la kan....hurrmmmmm......dah nama pun pesta kan..mmg ramai la..!!! Yang bestnya kan, penganjur menyediakan shuttle dr tempat parkir sampai le ke pintu masuk dewan....tapi yg xbestnya plak aku tak berkesempatan menaiki shuttle tuh..mana taknya dari awal aku masuk sampai la aku kua mmg ramai la yg beratur menunggu turn nak naik shuttle... daripada bertahun aku tunggu, baikla aku jalan kaki je lagipun bukan jauh sgt pun...:D

dalam 7H7M aku ni pun sempat la aku grab novel New Moon. mmg aku xpenah tau pun pasal buku nih main blasah grab ajhe......baca sinopsis cam best plak. so grab ajhe la....selain dr novel tuh sempat jugak la aku grab komik avatar n black moon. Tapi rasa rugi plak semalam just ambik 2 komik tuh....kenapa la aku xgrab lebih banyak komik semalam...:(

Buat korang yang tak berpeluang pergi ke pesta buku nih...apa yang aku boleh katakan, korang mmg tersangat lah rugi, kerana pesta buku nih memang sangat owsem. dan dah pun berakhir semalam. Tapi jangan le kecik hati pulak....mana la tau taun depan ada lagi pesta buku terbesar di Dunia ni. Tapi bagus jugak kan Pesta buku ni di jadikan acara tahunan pulak....mana la tau kan...:)
So korang nantikan ulasan aku pasal novel new moon nanti ye...agak2 brapa bulan la baru ter-ulas kan...hahahahahaha

14 October 2011

waktu

Saban hari tanpa mengira waktu
sering saja aku menghitung masa
lalu aku menghitung tahun
baru aku sedar bahawa semakin aku menghitung waktu
terasa semakin aku terbeban dek tekanan
terasa aku ingin lari dari segalanya
apakah mungkin aku harus lemas di pantai
atau mungkin aku patut sesat di hutan rimba
aku ingin menyendiri aku ingin mencari kekuatan diri
aku harus mencari ketenangan hati
tapi mengapa aku masih di sini
masih aku begini
aku termanggu mengenang masa
rupanya aku terlalu taksub untuk berlari
rupanya aku terlalu leka untuk menyendiri
sehingga aku lupa pada DIA sang Pencipta

07 October 2011

owhhhhh si jejaka awesome

lelaki owesome pada korang macham mana...??? aku..!!! pada aku kau dikatakan lelaki cool jugak owsem bila :-

1. muka kau di liputi dgn janggut dan jambang. bagi misai siket..tambah owsem la kau jejaka...:)
2. rambut kau ala2 jejaka kartun 'bersama selamanya'....perrhhh...menawan sungguh. tapi ingat bukan rambut celup dgn pelbagai warna okeyyyyyyy.
3. bukan style kau angkat kolar baju tinggi-tinggi semata-mata nak tunjuk brand baju kat celah kolar kau tu....silap la jejaka...kau bukan owsen tetapi masam
4. berhappy hour dgn kanak2 yg bukan anak kau....wewiiitttttttt
5. xpernah bermuka ketat dgn org keliling walaupun seorg peminta sedekah.
6. ko bajet berkacamata itam dalam shoping mall tu style. aku nak gelak sambil garu ketiak adala...;p
7. tertunggeng terterap atas seat motosikal sambil membongceng aweqs tu ko kata owsem.....!!! mati katak kat selekoh depan tuh owsem la sgt kan...
8. kau sgt owsem bila setiap sabtu subuh jadi pak imam kat masjid dpn sekolah tuh..
9. kau pandai menarik minat org di sekeliling kau dgn perbuatan dan jenaka kau

10. berperut bulat berkepala botak mmg owsem la kan....okeyyy...stop it!!! aku tipu

kalau nak diikutkan mmg berkajang2 aku nak tulis tentang si jejaka owsem. tapi ni jela yg telah di short listed kan...hehehehehehe

06 October 2011

kawen paksa..!!!

KAHWIN PAKSA..!!!! korang penah melalui pengalaman ni tak...!! atau penah mendengar tentang kisah kawan2 terdekat korang!!!! sebenarnya, aku di paksa berkahwin dgn lelaki yg xpernah aku kenali sepanjang hidup aku...lebih malang lelaki tu bukan lah lelaki owsem idaman aku...okeyyy aku tipu...!!!

apakah tajuk entry aku kali ni kan...!!! akey sebenarnya aku just nak share pasal kawin paksa ni je. Pada korang relevan ke lagi kawen paksa dalam zaman yg canggih serba serbi ni!!!

Bukan pengalaman aku tapi pengalaman seorang yg sgt rapat dgn aku. Knp bukan pengalaman aku sendiri..!!?? sbb aku rasa cerita dia terlalu tragis berbanding aku. ye mmg aku pernah di arrangekan oleh abah dgn seseorang dulu. Abah terpaksa redha dgn keputusan aku yg membantah dgn penjodohan itu.

berbalik tentang kisah dia, sejak dari kecil dia dah pun dijodohkan dgn seorang sepupu oleh keluarga. serius aku sgt sedih dgn kisah yg diceritakan oleh dia. ternyata tradisi perkahwinan sesama saudara masih diteruskan sehingga ke generasi dia.

Aku ingat lagi 8taun dulu, dia terpaksa memendam perasaan terhadap insan lain yg dicintai atas dasar menghormati pilihan keluarga. dia juga terpaksa menyimpan angan-angan untuk membina mahligai impian dgn insan yg dicintai atas dasar desakan keluarga.

penjodohan mereka berlangsung sehingga ke hari ini. setelah dia menyerahkan seluruh perasaanya kepada en.tunang dgn harapan dia mendapat balasan yg sama suatu hari nanti. kerana sayangkan keluarga dia sanggup pertaruhkan masa depanya. walaupun dia tahu tiada dia dihati en. tunang. ternyata pengorbanannya sia2.

hari ini, terlerailah ikatan yg dirancang atas dasar menjaga hati keluarga. namun perpisahan itu hanya berlaku di sebelah pihak. kerana masing2 tidak mmpu menyuarakan hasrat kepada keluarga dia.

aku tahu dari dulu dia mmg seorang yg tabah. kalaula aku mampu memberikan bahu kepada dia tika ini...mmg aku ingin sekali lakukan itu. namun jarak memisahkan kami. Dari jauh aku sentiasa mendoakan dia. semoga dia tabah dan cekal seperti selalu.

05 October 2011

buat kalian

ingat tak dulu..saat kalian masih bersamaku
saat kalian masih meniti hari bersamaku
saat kita sama-sama mengejar pelangi
saat kita di ulit cahaya rembulan
saat kita menanti cahaya mentari
begitu asyik dan menenteramkan jiwa

Tahu kah kalian
kenangan semalam adalah kenangan
yang takkan mungkin
di tukar ganti oleh kisah manapun di pelusuk dunia
walau aku di atap dunia
walaupun aku ke dasar laut
kenangan itu adalah sebahagian dari nyawaku
dan nyata sekali
mana mungkin untuk aku meninggalkannya

tahukah kalian
bahawa aku selalu berdoa
semoga kita akan bertemu sekali lagi
walaupun bukan di hayat ini
mungkin ada di kehidupan lain

kerana aku tahu
Kita berteman bukan bererti selalu bersama
kerana aku yakin
hubungan atas nama persahabatan
akan kekal selamanya

04 October 2011

Aku-Kau


Ya...!!! kau punya hak...
punya hak untuk berkata apa saja
punya untuk menuding jari pada siapa saja
TAPI...
pernah kah kau terfikir
jari yg menuding lebih banyak menuju ke arah kau
jari yg menuding xpernah setuju dgn pendapat kau

Ya..!! kau juga punya karisma
dgn bangganya tanpa usul periksa mengutuk dan menghina...
Sedarkah kau
kau bukan siapa-siapa
untuk menghukum sesama manusia

Ya...!!! kau punya 'ilmu agama'
sehingga mampu mencairkan sesiapa dgn kata2 'ilmuan' kau
TAPI.....
sesiapa itu ternyata bukan KAMI....!!!

Ya...!!! kau punya hak
punya hak untuk melontarkan apa saja
TAPI...
sedarkah kau
menggunakan 'ayat keramat' sekadar menutup kesalahan kau
hanya SIA-SIA...

03 October 2011

bila oktober munculkan diri...

sedar xsedar, bulan oktober dah pun memunculkan diri. bila smp bulan oktober maksudnya dh nak ujung taun la. bila sampai ujung taun bermaksud umo aku akan bertambah lagi ke satu angka. Banyak bende yg aku belum aku capai lagi. Tapi pada aku, xpenting kot sume tuh...yg penting aku dah menikmati hidup aku sepuasnya. Hidup ni terlalu singkat untuk kita berduka lara kan..??!!

Aku sll berharap agak hidup aku indah seperti dalam setiap jalan cerita novel2 happy ending. Aku sll jugak mengharapkan yg hidup aku akan sll menang dan berjaya seperti watak2 dalam setiap novel yg dah di tetapkan jalan cerita nya. Tapi aku sedar, hidup xsemudah yg di sangka. tapi pilihan di tangan aku....'life hell or live well...you choose...'

oktober 8taun dulu sll mengamit aku ke alam fantasi. owhhh...indahnya alam remaja. Rupanya aku dah terlalu tua untuk berangan menyusuri alam fantasi itu...dan aku kini bukan lah remaja yg manja seperti 8taun dulu.

terpandang table calender membuat aku kembali ke alam nyata. ya ..!! zaman merubah manusia. aku kini bukan lg gadis manja tapi naif dalam sgala hal. aku bukan lagi gadis naif yg baru mengenal erti hidup.

semoga oktober kali ini akan membawa sejuta makna pada aku jugak kalian. lupakan segala tragedi yg membuat kita berduka lara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...